Jangan terlepas! Semak status STR 2024 dan semak tarikh bayaran STR Fasa 3 di sini!
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah inisiatif Rahmah dalam Bajet MADANI kedua (Bajet 2024). Tujuannya adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam mengatasi kos hidup yang meningkat.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
STR Fasa 3 dijangka akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.
JADUAL BAYARAN STR 2024
Fasa | Tarikh Bayaran |
Fasa 1 | 29 Januari 2024 |
Fasa 2 | 3 April 2024 |
Fasa 3 | Ogos 2024 |
Fasa 4 | November 2024 |
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN STR
Anda boleh membuat semakan status permohonan STR melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Semakan boleh dibuat seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
KADAR BANTUAN STR 2024
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah
- RM1,000 (Tiada anak)
- RM1,500 (1-2 anak)
- RM2,000 (3-4 anak)
- RM2,500 (5 ke atas)
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000
- RM500 (Tiada anak)
- RM750 (1-2 anak)
- RM1,000 (3-4 anak)
- RM1,250 (5 ke atas)
Warga Emas Tiada Pasangan : RM 600
Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta pendapatan RM2,500 ke bawah : RM350
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat yang dinyatakan di atas adalah hasil daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau isu mengenai bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berkuasa melalui:
Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747
Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel: str@mof.gov.my
Anda juga boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.
RUJUKAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- PENGURANGAN KOMPAUN MBSA 2024 : Diskaun 70% sehingga 9 April 2024!
- BANTUAN SARA HIDUP MAIWP RM1000 : Semak kelayakan & cara mohon!
- PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA 2024 :Semak kelayakan anda!