Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan RM 600: Permohonan dibuka!

Bantuan subsidi tiket penerbangan RM600 untuk pelajar Sabah sudah boleh dimohon! Permohon dibuka hari ini. Ketahui cara untuk memohon dan syarat kelayakan.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

BANTUAN SUBSIDI TIKET PENERBANGAN 

Bantuan subsidi tiket penerbangan untuk pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan kini boleh dipohon secara dalam talian.

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan melalui Facebook bahawa permohonan itu hanya melibatkan pelajar yang belum menerima biasiswa daripada Biasiswa Negeri Sabah (BKNS), Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) dan Yayasan Sabah (YS).

“Permohonan akan mula dibuka kepada pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntut di IPTA/S di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, yang mana tidak menerima tajaan pengajian dari BKNS, MUIS dan Yayasan Sabah sahaja”

 

PANDUAN CARA MOHON

 

Anda boleh membuat permohonan melalui pautan https://subfly.sabah.gov.my, dengan syarat dan terma yang telah ditetapkan.

 

SYARAT BANTUAN SUBSIDI TIKET PENERBANGAN

 

  • Pelajar yang berasal dari Sabah dan sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Semenanjung, Sarawak, dan Labuan.
  • Pelajar tersebut tidak menerima biasiswa dari Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Yayasan Sabah (YS), atau Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
  • Permohonan harus menyertakan salinan Kad Pengenalan, Kad Pelajar, Keputusan Peperiksaan Terkini / Surat Pengesahan Pelajar, dan Salinan Penyata Bank pemohon.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian (online) kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) melalui pautan https://subfly.sabah.gov.my/.
  • Subsidi tiket penerbangan ini tidak terhad untuk digunakan sempena Aidilfitri saja, tetapi boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga Oktober tahun ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

(TUGAS-TUGAS KHAS)

JABATAN KETUA MENTERI

Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,

88400 Kota Kinabalu,

Sabah.

Telefon: 088-369872/369164

 

Sumber : Sabah Media

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment