PENGURANGAN KOMPAUN MBSA 2024 : Diskaun 70% sehingga 9 April 2024!

Kempen pengurangan kompaun MBSA akan berlangsung seluruh bulan Ramadan sehingga 9 April 2024! Ketahui cara untuk mendapat diskaun kompaun sehingga 70%!

KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN MBSA 2024

Sepanjang Ramadan ini, Majlis Bandaraya Shah Alam akan melancarkan kempen mengurangkan petak parkir di bawah Perintah Pengangkutan Jalan 2007 Tempat Letak Kereta (Peruntukan Ruang Letak Kereta) MBSA sebanyak RM20 dan mengurangkan petak parkir yang dipilih oleh majlis sebanyak 70% sahaja.

Kempen ini akan berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April 2024. Manfaatkan peluang ini untuk membayar hutang tertunggak anda!

PANDUAN CARA BAYAR KOMPAUN MBSA

Pembayaran Online Melalui Portal MBSA

  •  Layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
  •  Pilih pautan atau bahagian yang berkaitan dengan pembayaran saman.
  • Ikuti arahan untuk memasukkan butiran saman dan maklumat pembayaran.
  • Pilih kaedah pembayaran yang sesuai, seperti kad kredit atau pemindahan bank, dan lengkapkan proses pembayaran.

 

Pembayaran di Kaunter MBSA

  • Kunjungi kaunter pembayaran di pejabat MBSA yang terdekat.
  • Beritahu petugas kaunter bahawa anda ingin membayar saman.
  • Serahkan butiran saman anda kepada petugas.
  • Lakukan pembayaran menggunakan kaedah yang disediakan, seperti tunai, kad kredit, atau cek.

 

Pembayaran Melalui MyBayar Tanpa Log Masuk

  • Layari laman web MyBayar
  • Pilih opsyen “Bayaran Tanpa Log Masuk”.
  • Ikuti arahan untuk memasukkan butiran saman dan maklumat pembayaran.
  • Pilih kaedah pembayaran yang dikehendaki dan lengkapkan proses pembayaran.

 

Pastikan untuk menyimpan bukti pembayaran sebagai rujukan. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi MBSA melalui talian yang disediakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Majlis Bandaraya Shah Alam

Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel:03-55105133

Fax:03-55108010

Emel:mbsa@mbsa.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

BACAAN LAIN

 

Leave a Comment