PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERCUMA 2024 :Semak kelayakan anda!

Semak kelayakan anda dan mohon untuk mendapatkan program saringan kesihatan PERCUMA 2024 . Baca disini untuk cara memohon!

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

SARINGAN KESIHATAN PERCUMA PERKESO

Program Pemeriksaan Kesihatan (HSP) adalah program yang ditawarkan oleh PERKESO yang menyediakan pemeriksaan kesihatan PERCUMA kepada pekerja untuk pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan risiko penyakit jantung.

PERKESO telah menambah baik program HSP Fasa 3 (HSP 3.0) untuk meningkatkan parameter pemeriksaan kesihatan dengan menyediakan ujian saringan yang lebih komprehensif untuk mengesan lebih banyak faktor risiko.

TARIKH PELAKSANAAN

16 Mei 2023 sehingga tahun 2024.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 40 hingga 59 tahun
  • Merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan (mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
  • Telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah Skim Keilatan

 

CARA MOHON

Sila muat turun aplikasi mudah alih SEHATi melalui Google Play Store atau platform Apple App Store ke:

  • Semak kelayakan
  • Jadualkan temujanji pemeriksaan kesihatan
  • Dapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan

Pencarum juga boleh menyemak kelayakan di portal SEHATi.

 

PANDUAN MENGGUNAKAN APLIKASI SEHATI 

  1. Muat turun aplikasi SEHATi secara percuma dari Google Playstore atau Apple Appstore.
  2. Daftar sebagai pengguna di aplikasi SEHATi
  3. Lengkapkan soalan pra-penilaian dan DASS-21 untuk menyemak kelayakan HSP anda
  4. Pilih pakej pemeriksaan kesihatan standard.
  5. Temujanji Pemeriksaan Kesihatan bersama Klinik Kumpulan HSP melalui Aplikasi SEHATi
  6. Pergi ke klinik mengikut jadual.
  7. Selepas melengkapkan saringan kesihatan standard, pekerja wanita yang berminat untuk menerima mamogram juga perlu memohon temu janji dengan Pusat Mammografi Panel HSP melalui SEHATi.
  8. Panduan pengguna untuk menggunakan aplikasi SEHATi boleh didapati di https://sehati.perkeso.gov.my/source/guide

 

JENIS SARINGAN YANG DITAWARKAN

  • Saringan kesihatan standard
  • Saringan mamogram (untuk wanita sahaja)

 

MAKLUMAT LANJUT

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan

Tingkat 15, Menara PERKESO

281, Jalan Ampang

50538 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Malaysia

 

No. Telefon : 1-300-22-8000

Emel : [email protected]

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment