BANTUAN PERUBATAN MADANI RM250 : Semak nama penerima disini!

Anda layak mohon bantuan perubatan Madani sehingga RM250. Semak kelayakan dan baca cara mohon disini.

SKIM PERUBATAN MADANI 2024

Skim Perubatan MADANI ialah program perintis yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani keperluan kesihatan penduduk B40 dalam penjagaan kesihatan primer akut (rawatan penyakit ringan).

Penerima sumbangan wang tunai (STR) dalam golongan B40 boleh menerima rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah skim kesihatan MADANI.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

KELAYAKAN BANTUAN PERUBATAN MADANI

  • Penerima Sumbangan Wang Tunai (STR) Rahmah ialah keluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah automatik.
  • Orang yang layak mesti mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima sebarang faedah daripada mana-mana majikan/kerajaan negeri/program kemudahan kesihatan yang sama atau serupa dengan program ini.

 

SENARAI RAWATAN PERUBATAN MADANI

  • Demam dan Selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

 

SENARAI RAWATAN YANG TIDAK TERMASUK

  • Imunisasi Rutin
  • Saringan Kesihatan
  • Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
  • Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
  • Perancangan Keluarga Rutin
  • Perkhidmatan Rehabilitasi
  • Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan Suplemen

 

KATEGORI & KADAR BANTUAN PERUBATAN MADANI

 

  • Isi Rumah Berkeluarga – RM250
  • Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
  • Bujang – RM75

 

PANDUAN CARA MENDAPATKAN BANTUAN KESIHATAN MADANI

  1. Semak kelayakan anda DISINI atau aplikasi MySejahtera.
  2. Bawa ID/dokumen anda ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenal pasti oleh label Skim Perubatan MADANI). [ Semak Senarai klinik disini]
  3. Jika anda layak, anda boleh mendapatkan rawatan sakit ringan secara percuma.
  4. Had manfaat anda akan ditolak selepas rawatan anda selesai. Bantuan Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada terma dan syarat ProtectHealth Corporation Sdn. Ltd. seperti yang dinyatakan

 

CARA SEMAK BAKI BANTUAN PERUBATAN MADANI

  • Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan.
  • Baki had manfaat kelayakan boleh dilihat di klinik perubatan swasta pada masa konsultasi.
  • Anda boleh hubungi +603-8687 2525.

 

PAUTAN & RUJUKAN PENTING

MAKLUMAT LANJUT

Klik pautan ini untuk mengetahui cara-cara untuk menghubungi pihak terlibat.

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment