Pastikan Bantuan Tunai E-Wallet RM300 Anda Diterima! Panduan Lengkap Dan Tips Untuk Rakyat Yang Ada Ewallet.
Bantuan Tunai E-Wallet RM300: Ketahui Tarikh Dan Cara Mudah Tebus!
Individu yang telah berdaftar dan disahkan layak akan menerima Bantuan e-Wallet bernilai RM300 setiap bulan pada tarikh yang telah ditetapkan. Selain itu, terdapat juga bantuan tunai bernilai RM300 yang akan diberikan sekaligus.
Bilakah tarikh bayaran e-Wallet RM300 dan bagaimana cara untuk menyemaknya? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.
Apa Itu Bantuan e-Wallet RM300?
Bantuan e-Wallet bernilai RM300 telah diperkenalkan di bawah Program BINGKAS yang bertujuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan. Bantuan ini hanya terhad kepada penduduk di Selangor sahaja.
Selain itu, Bantuan Tunai SARA bernilai RM300 akan diberikan kepada semua 8 juta individu di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, sama ada mereka berstatus Bukan Miskin atau Miskin Tegar. Bantuan ini akan diberikan secara terus sekaligus melalui pengkreditan tunai.
Bilakah Tarikh Bayaran e-Wallet RM300 2024?
Tarikh pembayaran Bantuan e-Wallet bernilai RM300 berbeza bagi setiap individu kerana ia mengikut tarikh kelulusan permohonan, iaitu antara 5 hingga 15 haribulan setiap bulan. Namun, tarikh bayaran Bantuan Tunai SARA bernilai RM300 akan disalurkan sekaligus pada 9 Disember 2024, hari Isnin.
Bagaimanakah Cara Bayaran e-Wallet RM300 2024?
Cara bayaran Bantuan e-Wallet adalah secara tanpa tunai ke dalam akaun aplikasi e-Wallet Selangkah dan penerima tidak boleh mengeluarkan tunai tersebut. Namun, pembayaran Bantuan Tunai RM300 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Semakan Kelayakan Bayaran e-Wallet RM300 2024
Untuk mengetahui status kelayakan penerima Bayaran Bantuan e-Wallet dan Bantuan Tunai SARA, ikuti panduan semakan di pautan rasmi berikut:
Panduan Semakan Kelayakan Bayaran Bantuan e-Wallet RM300:
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini: https://bingkasselangor.com/
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa tanda (-) contoh: 0123456789.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
Panduan Semakan Kelayakan Bayaran Bantuan SARA RM300:
- Sila klik pada pautan rasmi di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan tanpa tanda (-) contoh: 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada [Pautan Portal Rasmi MyKasih] di bawah.
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad dan klik butang [Semakan Status].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS dan SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian hotline berikut:
Talian hotline BINGKAS: 1-800-22-6600
Talian hotline SARA: (603) 7720 1800