Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini? Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
Adakah Anda Layak? Ini Garis Panduan Kelayakan Dan Permohonan STR Bujang 2025
Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion, menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3,700 setahun bermula Januari 2024. Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada RM3,100 yang diberikan pada tahun 2023.
STR Bujang 2025
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa bagi tahun 2025, kerajaan telah meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada tahap tertinggi yang pernah dicapai.
Pembaharuan ini melibatkan dana sebanyak RM 13 bilion, berbanding RM 10 bilion sebelum ini, dan bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima, yang mewakili 60 peratus penduduk dewasa negara.
Selain itu, rakyat berstatus bujang juga akan menikmati peningkatan sumbangan ini.
Syarat Kelayakan STR Bujang
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas, termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak/tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kadar Bayaran STR 2025 Untuk Kategori Bujang
Menurut pembentangan Bajet 2025, kadar baharu yang diberikan kepada kategori individu bujang adalah sebanyak RM600 setiap seorang. Ini tertakluk kepada kelayakan bayaran berdasarkan permohonan yang telah diluluskan.
Selain itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan terus ke MYKAD penerima mulai April 2025. Pastikan permohonan dan kelayakan telah disahkan untuk menerima bantuan ini.
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
Layari Portal STR: Buka laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my
Log Masuk: Gunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
Semakan Permohonan: Klik butang ‘Semakan Permohonan’.
Semak Status: Status kelulusan anda akan dipaparkan di skrin.
Cara Permohonan STR Bujang 2025
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibuka.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:
PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharu
Tarikh Akhir Permohonan STR Bujang 2025
Sila ambil maklum bahawa permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.
Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Kemas Kini Permohonan STR
Jika anda merupakan pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di portal STR, anda perlu melakukan kemas kini permohonan dalam situasi berikut:
Tidak Pernah Kemas Kini Selama Tiga Tahun Berturut-Turut
Jika anda tidak pernah mengemas kini permohonan sepanjang tempoh pelaksanaan BKM 2022, STR 2023, dan STR 2024.
Perubahan Maklumat
Jika terdapat sebarang perubahan dalam maklumat peribadi atau status, seperti alamat, pendapatan, bilangan tanggungan, atau maklumat lain yang relevan.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu kemas kini jika tiada sebarang perubahan maklumat.
Sekiranya permohonan anda tidak wujud di portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Maklumat Lanjut STR Bujang 2025
Infomrasi lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk dapatkan informasi terkini, sila layari saluran berikut :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/