Resepi Ayam Masak Merah Kenduri – Ini Rahsia Orang Katering Yang Korang Patut Cuba

Pernah tertanya-tanya kenapa Ayam Masak Merah di kenduri sentiasa lebih sedap? Rahsianya kini terbongkar!

Ketahui teknik rahsia orang katering yang buat korang terliur dengan hanya satu suapan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi autentik ini dan buatkan tetamu korang terpesona!

Ayam Masak merah

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri – Ini Rahsia Orang Katering Yang Korang Patut Cuba

 

Baru-baru ini, saya ada cuba masak Ayam Masak Merah menggunakan resepi yang biasa saya guna, tapi hasilnya kurang memuaskan—rasa macam ayam kari biasa je. Tapi kali ni, saya beranikan diri untuk cuba resepi baru Ayam Masak Merah ni, dan luar biasa betul hasilnya! Rasa ayamnya mantap, seakan-akan makan di restoran mahal. Serius tak sia-sia cuba resepi ni, anda pasti takkan menyesal!

 

Resepi Pertama 

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 8 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • Anggaran 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar sos tiram

 

  • Bahan untuk kisar halus:
    • 2 biji bawang besar
    • 2 inci halia
    • 6-8 biji bawang merah
    • 8-10 ulas bawang putih
    • 2 batang serai, hiris nipis
    • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

 

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
  4. Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.

 

Tip Masakan:
  • Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus.

 

 

Resepi Kedua 

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 6-8 orang makan

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan A:
    • 2 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 1 batang serai
    • 20-25 biji cili kering

 

  • Bahan-bahan B:
    • 1 ekor ayam
    • 2 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 biji bawang besar
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1-2 helai daun pandan
    • 2-3 sudu besar gula melaka
    • 2 biji tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 4 sudu besar puri tomato
    • 1 biji bawang besar/holland
    • Serbuk seasoning, jika suka
    • Daun sup
    • 1/3 cawan susu cair

 

Cara Penyediaan:
    1. Potong kasar bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Serai nipis (supaya halus elok bila masak nanti).
    2. Cili kering rebus sehingga lembut, toskan air dan buang biji.
    3. Kisar halus bahan potong, cili kering dan air (air anggaran separuh tenggelam bahan).
    4. Hiris nipis bawang besar dan daun sup, potong kasar tomato dan potong membulat bawang holland.
    5. Perap ayam dengan garam dan kunyit.
    6. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
    7. Tumis rempah 2 sekawan (kulit kayu manis dan bunga lawang), bawang besar dan daun pandan. Tumis sampai bawang lembut.
    8. Masukkan bahan kisar halus dan air. Masak sampai sambal kering dan pecah minyak.
    9. Masukkan gula melaka dan hirisan tomato. Kacau sebati.
    10. Masukkan ayam goreng dan tomato puri. Masak sampai ayam meresap kuah sambal.
    11. Tambah garam, sos tiram, serbuk seasoning (pilihan) dan susu cair.
    12. Tabur daun sup dan hirisan bawang holland. Kacau sekejap kemudian terus tutup api.

 

Tip Masakan:
  • Kalau kuali kecil, goreng ayam sikit-sikit. Penuh sangat nanti lambat pulak nak masak sebab suhu minyak dah drop jadi sejuk.
  • Tak perlu masukkan air asam jawa untuk resepi ni sebab tomato dan tomato puri dah cukup masam

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Ayam Masak Merah Raya Special

  • Masa Penyediaan: 50 minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 7-8 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • 1 biji 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 1 helai daun pandan
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum cengkih
  • 2 biji tomato
  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu besar gula melaka
  • Sedikit daun sup
  • 1 biji bawang besar
  • Kacang pea

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Hiris kasar bawang besar (untuk tumisan).
    2. Potong kasar bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih dan halia
    3. Cili kering rebus dan buang biji.
    4. Tomato potong kasar.
    5. Masuk bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering dalam blender. Kisar halus.
    6. Serai titik atau ketuk biar pecah.

 

  • Cara-cara untuk ayam goreng:
    1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Potong 10 tapi kalau nak lebih kecil boleh potong 16.
    2. Bila minyak dah panas, kita goreng ayam separuh masak.
    3. Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.

 

  • Cara-cara untuk kuah:
    1. Tumis serai sampai naik bau.
    2. Sekarang masukkan hirisan bawang besar, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau wangi bahan tumisan.
    3. Tuang masuk bahan kisar halus dan kacau sampai naik minyak
    4. Bila nampak macam nak pecah minyak, baru masukkan tomato. Kacau sebati.
    5. Masukkan sos cili, sos tiram dan serbuk perasa kalau suka.
    6. Bila kuah nampak nak kering dan gelap sikit, tambah gula melaka (resepi asal guna gula kabung tapi kalau nak guna gula perang atau gula putih pon boleh).
    7. Selepas 10 minit, tuang masuk semua ayam goreng.
    8. Gaul sekata biar ayam bergaul sebati dengan kuah.
    9. Tutup tudung periuk sekejap biar ayam lembut dan masak sepenuhnya sampai ke tulang.
    10. Tabur kacang pea (Guna kacang frozen, rasa dia lebih sedap dari yang dalam tin) dan sambung masak sampai kacang lembut.
    11. Tabur hirisan bawang besar dan daun sup untuk hiasan dan aroma.
    12. Bila agak- agak bawang besar dah layu boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Kalau nak cepat masak, jangan goreng ayam penuh-penuh kuali.
  • Kalau suka lebih berkuah boleh tambah air dan kalau suka kuah yang pekat berlemak boleh tambah susu cair.

 

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment