Resepi Ayam Goreng Kunyit: 3 resepi viral tahun 2024!

Resepi Ayam Goreng Kunyit paling sedap disini!

Terbayangkan rasanya hidangan Ayam Goreng Kunyit yang sedap dan berempah? Dapatkan 3 resepi viral tahun 2024 yang pasti memikat selera anda!

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Ayam Goreng Kunyit: 3 resepi viral tahun 2024!

Ayam Goreng Kunyit merupakan antara hidangan paling popular yang sentiasa memikat selera ramai. Ia menggabungkan aroma rempah kunyit yang kaya dengan tekstur ayam rangup di luar sambil mengekalkan lembut dan ‘juicy’ di dalam.

Keistimewaan ayam goreng kunyit bukan sahaja terletak pada warna keemasan yang menyelerakan, tetapi juga pada adunan harmoni rasa manis, masin, dan sedikit pedas daripada rempah ratus terpilih. Tidak hairanlah jika hidangan ini sering menjadi makanan ruji untuk pelbagai acara, dari hidangan harian hingga ke perayaan istimewa.

 

Resepi Pertama

  • Masa Penyediaan: 35 minit
  • Masa Memasak: 15-20 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan ayam kunyit:
    • 500g isi ayam
    • 2-3 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • ½ sudu besar serbuk ketumbar
    • ½ sudu besar serbuk seasoning
    • 2 sudu besar tepung beras
    • Sedikit air
    • ½ batang lobak merah
    • 3 batang kacang panjang
    • ½ biji bawang holland
    • Bunga kubis
    • 1 tangkai cili merah
    • 1 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih

 

  • Bahan-bahan sambal belacan:
    • 4 ulas bawang putih
    • ½ biji bawang holland
    • 5-10 tangkai cili padi
    • 2 tangkai cili merah
    • 1 inci belacan
    • 5 biji limau kasturi
    • 1 biji kecil tomato (kalau besar letak ½ biji saja)
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 2-3 sudu kecil gula
    • ½ cawan air asam jawa

 

  • Bahan-bahan dihidang bersama:
    • Telur goreng
    • Kicap

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk Ayam Goreng Kunyit:
    1. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih.
    2. Gaul potongan isi ayam bersama kunyit, garam, serbuk kari daging, serbuk ketumbar, serbuk seasoning, tepung beras, bawang tumbuk dan sedikit air. Gaul sebati kesemua bahan.
    3. Perap ayam seketika.
    4. Panaskan minyak, lalu goreng ayam perapan. Kerapkan kacau ayam sehingga agak garing.
    5. Masukkan potongan sayur dan cili sehingga layu.
    6. Angkat gorengan ayam kunyit dan toskan minyak.
    7. Kemudian, ayam goreng kunyit siap untuk dihidang bersama sambal belacan, telur goreng, nasi putih panas dan kicap.

 

  • Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar kasar bawang putih, bawang holland, cili padi, cili merah, limau kasturi, tomato (pilihan), air asam jawa, belacan bakar, garam dan gula.

 

 

Resepi Kedua

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 35 minit
  • Jumlah Hidangan: 4-5 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Kunyit:
    • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
    • sedikit garam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 1 sudu kecil serbuk kari
    • sedikit serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil tepung jagung
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 biji bawang holland
    • Karot
    • kacang panjang
    • 1 biji cili merah

 

  • Bahan-bahan untuk sup ayam:
    • 2 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 sup bunjut
    • ayam, bahagian tulang
    • air secukupnya
    • sedikit lada hitam
    • sedikit lada sulah
    • karot
    • 1 biji kentang
    • garam secukupnya
    • daun sup
    • daun bawang

 

  • Bahan untuk sambal belacan:
    • 6 biji cili merah
    • 6-8 biji cili padi merah
    • 1 biji tomato
    • 1 ketul belacan bakar
    • gula
    • garam
    • perahan jus 4 biji limau kasturi

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ayam goreng kunyit:
    1. Ambil ayam bahagian isi, bersihkan dan potong kecil.
    2. Perap ayam bersama garam halus, serbuk kunyit, serbuk lada sulah, serbuk kari, sedikit serbuk ketumbar (optional), dan tepung jagung.
    3. Kacau sehingga sebati dan perap seketika.
    4. Hiris nipis bawang holand dan carrot.
    5. Hiris kasar cili merah.
    6. Potong memanjang kacang panjang.
    7. Cincang kasar bawang putih.
    8. Panaskan minyak.
    9. Masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan (separuh masak).
    10. Pastikan kerap mengacau bila goreng ayam kunyit supaya ayam garing diluar dan lembut didalam.
    11. Masukkan bawang putih.
    12. Bila bawang putih kekuningan, masukkan kesemua sayur.
    13. Kacau sehingga semua sayur layu (jangan lama sgt)
    14. Kemudian boleh diangkat.

 

  • Cara-cara untuk sup ayam:
    1. Hiris kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
    2. Masukkan bahan-bahan tadi kedalam blander dan kisar kasar.
    3. Kupas carrot dan kentang kemudian potong kepada ketulan besar.
    4. Hiris nipis daun sup dan daun bawang.
    5. Panaskan periuk.
    6. Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
    7. Masukkan satu ikat sup bunjut.
    8. Tambah tulang ayam.
    9. Kacau sikit dan masukkan air secukupnya.
    10. Tutup dengan tudung pan dan reneh sehingga mendidih.
    11. Kemudian masukkan kentang dan carrot.
    12. Masukkan satu kiub pati ayam.
    13. Tambah serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.
    14. Teruskan masak sehingga kentang dan carrot empuk dan tabur dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

 

  • Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Hiris kasar cili merah,cili padi merah dan tomato.
    2. Masukkan kesemua bahan hiris kasar tadi kedalam blander.
    3. Tambah belacan (sudah dibakar).
    4. Kisar tapi jangan halus sangat.
    5. *Jangan tambah air, cukup air dari jus tomato untuk hasilkan sambal pekat sebati.
    6. Masukkan kedalam mangkuk dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi.

 

Resepi Ketiga

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 2 orang

 

Bahan-bahan:
  • 300g ayam, bahagian dada
  • 4 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis

 

Cara Penyediaan:
  1. Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
  3. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.

 

Tip Masakan:
  • Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment