BUDI Madani: RM200 Sebulan untuk Pemilik Kenderaan Diesel – Anda layak mohon!

Isi Kandungan PENGENALAN BUDI MADANI SYARAT PERMOHONAN BUDI MADANI CARA PERMOHONAN BUDI MADANI SEMAKAN KELAYAKAN & PERMOHONAN BUDI MADANI JUMLAH & KAEDAH PEMBAYARAN BUDI MADANI TARIKH BAYARAN BUDI MADANI MAKLUMAT LANJUT & SOALAN LAZIM (FAQ) …

BUDI MADANI

Adakah anda layak menerima subsidi diesel bulanan RM200 di bawah BUDI Madani 2024? Ketahui langkah mudah untuk memohon dan periksa kelayakan anda. Klik sekarang untuk memastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan sokongan kewangan penting ini!

Baca Juga : BUDI MADANI: Bayaran Bantuan Tunai Fasa Pertama

PENGENALAN BUDI MADANI

BUDI MADANI

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

BUDI MADANI 2024 telah diperkenalkan sebagai langkah kerajaan untuk memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara. Melalui program ini, subsidi akan disasarkan semula hanya kepada mereka yang memerlukan. Sementara itu, kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu masih menerima subsidi bagi mengawal harga barangan. Individu terpilih pula akan diberikan bantuan tunai untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.

Pelaksanaan program ini bermula pada 28 Mei 2024, di mana permohonan bantuan subsidi diesel Budi Madani boleh dibuat. Bagi mereka yang layak, tunjangan tunai sebanyak RM200 setiap bulan akan diberikan.

SYARAT PERMOHONAN BUDI MADANI

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

  1. Pemohon:
    • Warganegara Malaysia.
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
    • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI.
  2. Kriteria Pemilikan Kenderaan:
    • Kenderaan kegunaan persendirian diesel individu.
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) yang masih aktif.
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia.
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  3. Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu:
    • Motosikal diesel.
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat atau pertubuhan.
    • Kenderaan mewah yang berusia di bawah 10 tahun.
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing.
    • Jenis kenderaan: Karavan motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

CARA PERMOHONAN BUDI MADANI

Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu dengan langkah berikut:

  1. Mendaftar akaun pengguna.
  2. Klik pada “Mohon Di Sini” bagi BUDI Individu.
  3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
    • No. Mykad.
    • No. Telefon Bimbit.
    • Nama Bank.
    • No. Akaun Bank.
    • Alamat e-mel.
    • Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
      • Nombor Pendaftaran Kenderaan.
      • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan).
      • Jenama & Model Kenderaan.
      • Kelas Kegunaan Kenderaan.

SEMAKAN KELAYAKAN & PERMOHONAN BUDI MADANI

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya tidak diluluskan, pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mula dibuka pada awal Jun 2024. Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohonan.

JUMLAH & KAEDAH PEMBAYARAN BUDI MADANI

Penerima yang layak akan disalurkan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana cawangan BSN jika tiada akaun bank.

TARIKH BAYARAN BUDI MADANI

Permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama menjelang pertengahan Jun 2024. Bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan. Manakala, bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024, bayaran pertama akan diterima dalam tempoh 2 minggu dan seterusnya secara bulanan.

MAKLUMAT LANJUT & SOALAN LAZIM (FAQ)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran Soalan Lazim (FAQ) di bawah. Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan BKK HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

  • Talian BUDI Individu BKK HASiL: 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu MOF: 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • Alamat E-mel: budimadani@treasury.gov.my

Baca Juga : BUDI Agri Komoditi: Semakan & Permohonan 

Leave a Comment