Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Sehingga RM 2500 – Anda layak mohon!

Isi Kandungan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM Kadar Bayaran Bantuan Awal Pengajian IPT Syarat Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Cara Permohonan Bantuan Pengajian MAIDAM Maklumat Lanjut Pastikan permohonan Bantuan Awal Pengajian …

bantuan awal

Pastikan permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Anda diterima! Ikuti panduan lengkap dan tips berkesan dibawah untuk memastikan semua detail penting terisi dengan betul, elakkan penolakan dan dapatkan Bantuan Awal Pengajian IPT sehinggan RM2500 untuk Anda!

Permohonan Bantuan Zakat IPT Pengajian Dalam dan Luar Negara MAIDAM bagi tahun 2024 kini dibuka kepada pelajar yang berminat. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi borang permohonan bantuan bagi mereka yang belum membuat permohonan.

Baca Juga : MUET 2024: Semakan Keputusan Online & SMS

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM

BANTUAN PENGAJIAN

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master), dan juga Doktor Falsafah (PhD). Bantuan ini diberikan secara one-off mengikut kadar setiap peringkat pengajian yang telah ditetapkan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Kadar Bayaran Bantuan Awal Pengajian IPT

Untuk Bantuan Awal Pengajian IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut:

Tahap PengajianDalam NegaraLuar Negara
SijilRM 600
DiplomaRM 800RM 800
Ijazah Sarjana MudaRM 1,000RM 2,000
SarjanaRM 1,200RM 2,500
PhDRM 1,500

Syarat Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT

Syarat-syarat untuk memohon bantuan awal ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan ibu bapa/penjaga adalah:
    • Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran; atau
    • Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, dan berakal.
  3. Pelajar baharu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian:
    • Permohonan sah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh mula pengajian.
  4. Tahap pengajian yang dipertimbangkan:
    • Sijil, Pra-Diploma, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master, dan Doktor Falsafah (PhD).
    • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian secara turutan ke atas.
  5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  6. Pemohon:
    • Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi dalam negara atau luar negara; atau
    • Institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  7. Tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan:
    • Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa. Pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan.
  8. Ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu:
    • Tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada MAIDAM, permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan.

Cara Permohonan Bantuan Pengajian MAIDAM

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM. Ikuti langkah berikut:

  1. Permohonan Online:
  2. Dokumen yang perlu dimuat naik:
    • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu, bapa/penjaga, dan adik-beradik dalam tanggungan (untuk permohonan kali pertama sahaja).
    • Salinan slip gaji ibu dan bapa/penjaga atau akuan pendapatan bulanan (bagi yang bekerja sendiri/pesara/penyata pencen/kad pesara bagi pesara kerajaan yang terkini).
    • Surat tawaran belajar yang rasmi.
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Berhenti Sekolah, dan sijil-sijil berkaitan (untuk permohonan kali pertama sahaja).
    • Surat pengesahan mastautin bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu tetapi telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
    • Slip permohonan dan surat mastautin mestilah disahkan oleh pihak berautoriti seperti Amil Zakat, Pengerusi Masjid, Ketua Kampung, atau Penghulu.
    • Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
    • Salinan sijil kematian/penceraian ibu bapa (jika berkenaan).
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk manual permohonan berikut:

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah:

  • Kuala Terengganu: 09-630 30 30
  • Marang: 09-618 33 17
  • Hulu Terengganu: 09-681 78 09
  • Dungun: 09-845 28 10
  • Kemaman: 09-859 45 45
  • Setiu: 09-609 03 07
  • Besut: 09-697 53 23
  • Kerteh: 09-826 64 63
  • Kuala Nerus: 09-662 2910

Atau hubungi:

Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1,
Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Email: info@ypmaidam.my / aduan@ypmaidam.my
No Tel: 09-6223500 / 09-6225600

Dapatkan pelbagai info dari Yayasan Pendidikan MAIDAM di sini.

Jika anda mendapati artikel ini berguna, sila kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga!

Leave a Comment