Resepi Udang Kam Heong terbaik 20 minit siap, Pasti kecur air liur!

Isi Kandungan Resepi Udang Kam Heong terbaik 20 minit siap, Pasti kecur air liur! Resepi Udang Kam Heong Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip Masakan: Rujukan video penyediaan:  RUJUK RESEPI LAIN: Sedang mencari resepi yang pantas, lazat, …

Resepi Udang Kam Heong

Sedang mencari resepi yang pantas, lazat, dan mampu memikat selera seisi keluarga? Udang Kam Heong ini adalah jawapannya! Dalam masa hanya 20 minit, anda boleh menyajikan hidangan yang kaya dengan aroma dan rasa yang menggoda.

Resepi Udang Kam Heong

Resepi Udang Kam Heong terbaik 20 minit siap, Pasti kecur air liur!

 

Hari tu saya ada cuba masak udang menggunakan resepi biasa, tapi hasilnya biasa-biasa je. Rasa macam udang goreng kunyit je, tak memberi kepuasan yang sebenar. Tapi lepas cuba resepi Udang Kam Heong ni, fuh! Memang rasa macam udang dari restoran lima bintang. Tak sia-sia saya habiskan masa cari resepi ni, rupanya rahsia terletak pada kombinasi sos dan rempah yang mantap. Yang lagi best, tak perlu bahan banyak pun, dapur bujang pun boleh masak! Jangan tunggu lama-lama, wajib cuba resepi ni dan rasakan sendiri kelazatannya! Anda pasti tak menyesal.

Untuk resepi penuh dan cara penyediaan langkah demi langkah, teruskan membaca artikel ini. Anda tidak akan percaya betapa mudah dan cepatnya menyediakan hidangan lazat ini!

 

Resepi Udang Kam Heong

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • 8-10 ekor udang (saiz besar)
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2-3 sb tepung jagung
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 sb udang kering
  • 6-8 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 1/2 sb rempah kari ikan/daging
  • 2-3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram

 

Cara Penyediaan:
  1. Cincang halus bawang merah, bawang putih.
  2. Cili padi buang tangkai dan potong menyerong.
  3. Udang trim kepala dan buang tali hitam. Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit kemudian perap sekejap.
  4. Bacuh kicap manis, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  5. Udang kering basuh dan toskan kemudian tumbuk sampai hancur.
  6. Panaskan minyak kemudian gaul udang dengan tepung jagung. Bila minyak dah panas terus goreng udang.
  7. Bila udang dah garing, boleh angkat dan ketepikan dulu.
  8. Keluarkan minyak goreng udang, tinggal anggaran 1 senduk.
  9. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering sampai naik bau.
  10. Masukkan daun kari, cili padi, serbuk kari ikan dan air.
  11. Bila rempah dah nampak garing, masukkan bancuhan sos dan air sikit. Tumis sampai pecah minyak.
  12. Masukkan gula dan serbuk seasoning kalau suka.
  13. Tuang masuk udang goreng dan baki cili padi.
  14. Tabur daun bawang dan sedia untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Salut udang dengan tepung jagung dekat-dekat nak goreng sebab kita tak nak udang ni basah.
  • Jangan goreng udang penuh kuali, sebab nanti lambat garing dan overcook dekat dalam. Seeloknya goreng pecah kepada 2 bahagian.

 

Rujukan video penyediaan: 

 

Sumber: Che Nom

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment