Adakah anda bersedia untuk memasuki dunia perasa yang menakjubkan, di mana keharuman pandan berselera dengan manisnya gula Melaka di dalam kek yang akan membuat setiap suapan tidak akan pernah dilupakan?
Mari kita ungkap rahsia kek pandan gula Melaka yang akan menggoda setiap indera rasa anda!
Kek Pandan Gula Melaka: Resepi yang sedap, lembut & memikat selera!
Nikmati keunikan rasa Malaysia dengan mencuba Resepi Kek Pandan Gula Melaka yang memikat selera. Kek ini menggabungkan keharuman daun pandan asli dengan keistimewaan gula Melaka yang mewah, mencipta sebuah symfoni rasa yang manis dan menyegarkan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan setiap perayaan lebih bermakna dengan kehadiran kek yang tidak hanya sedap, tetapi juga simbolik ini. Lengkapi pengalaman bersantap anda dengan sepotong kek pandan gula Melaka, sebuah pilihan yang sempurna untuk menggembirakan sesiapa sahaja.
Resepi Kek Pandan Gula Melaka
- Masa Penyediaan: 45-50 minit
- Masa Memasak: 40 minit
- Jumlah Hidangan: loyang 9 inci x 9 inci
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk kek pandan:
- 3 sudu besar minyak masak
- 250g salted butter
- 160g gula kastor
- 4 biji telur saiz A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 300g tepung naik sendiri/self raising flour
- 75g santan kotak
- 100ml jus pandan
- ½ – 1 sudu kecil pandan emulco
- beberapa titik pewarna hijau
- Bahan-bahan untuk sos/sirap gula melaka:
- ¼ cawan air
- 100g gula melaka
- ¼ cawan santan
- ¼ sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
- ½ sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
- Bahan-bahan untuk Swiss Meringue Buttercream:
- 4 biji telur putih (telur saiz A)
- 120g gula kastor
- 370g salted butter
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2-3 sudu besar sos/sirap gula melaka
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk Kek Pandan:
- Kisar halus daun pandan bersama air, lalu tapis.
- Ayak tepung naik sendiri.
- Didalam bekas lain untuk adunan basah, masukkan santan, air pandan, pandan emulco dan beberapa titik pewarna hijau lalu gaul kesemuanya.
- Putar mentega bersama gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang putih dan menjadi kuning pucat.
- Sambung putar dengan memasukkan telur kedalam adunan sebiji demi sebiji, esen vanilla serta tepung naik sendiri berselang-seli dengan adunan basah.
- Sesudah adunan menjadi sebati, masukkan kedalam loyang yang sudah di griskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas baking.
- Ratakan adunan kek didalam loyang.
- Bakar pada suhu 160, selama 25-30 minit
- Selepas sudah masak, sejukkan kek seketika.
- Cara-cara untuk sos/sirap gula melaka:
- Panaskan air lalu masak gula melaka dan daun pandan sehingga gula larut.
- Masukkan santan kotak, bancuhan tepung jagung, dan sedikit garam lalu gaul sehingga kesemua bahan larut sekata.
- Tapis bahan.
- Cara-cara untuk Swiss Meringue Buttercream
- Asingkan putih telur.
- Panaskan telur putih dan gula kastor dengan kaedah double boil sambil kacau sehingga gula cair.
- Tuangkan adunan telur putih dan gula kastor kedalam mangkuk pengadun lalu putar sehingga adunan kental dan suhu panas adunan turun pada suhu bilik dengan putaran kelajuan sederhana tinggi.
- Sesudah menjadi kental, masukkan mentega bergaram sejuk sedikit demi sedikit dan sambung putar.
- Masukkan esen vanilla dan sirap gula melaka.
- Apabila tekstur sudah licin, sejukkan adunan kedalam peti sejuk.
- Bahagikan buttercream kepada tiga, bahagian iaitu dua bahagian untuk hiasan lapisan atas, bawah dan tepi manakala satu bahagian lagi untuk bahagian hiasan bunga (jika mahu).
- Cara-cara untuk Kek Pandan Gula Melaka dengan Swiss Meringue Buttercream:
- Potong kek pandan kepada dua bahagian lapisan kek dan asingkan.
- Pada bahagian bawah kek, drizzle kan sedikit dengan gula melaka dan sapu ratakan pada permukaan kek.
- pipe atau sapu sekata buttercream diatas permukaan lapisan kek.
- Kemudian, letak lapisan kedua pula dan ulang pipe atau sapu buttercream. Kemaskan buttercream pada kek dan ratakan.
- Potong kek dan pipe kan baki buttercream sebagai hiasan diatas kek lalu drizzle dengan sirap gula melaka di setiap potongan kek.
- Sejukkan sekejap kek pandan didalam peti sejuk dan hias dengan hirisan daun pandan atau taburan kelapa kering,
- Kemudian, kek pandan gula melaka dengan swiss meringue buttercream siap dan boleh dihidang.
Rujukan video penyediaan:
Sumber: Che Nom