Resepi Sup Ayam: 2 Resepi yang simple tapi sedap dan berempah!

Hari ini kami ingin mengundang selera anda dengan pengenalan resepi Sup Ayam yang pastinya akan menghangatkan jiwa serta menambah keceriaan di meja makan anda.

Resepi Sup Ayam

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Sup Ayam: 2 Resepi yang simple tapi sedap dan padu!

 

Sup ayam adalah salah satu hidangan paling popular di Malaysia, terkenal dengan rasa yang kaya yang dihasilkan oleh gabungan rempah tradisional. Hidangan ini mereneh ayam dalam sup dan menambah bahan-bahan segar seperti halia, bawang putih dan serai untuk menghasilkan aroma yang menyelerakan.

Sup ayam bukan sahaja lazat, ia juga dianggap sebagai ‘comfort food’, dan sering dihidangkan sebagai makanan penyembuhan semasa musim hujan atau ketika seseorang berasa tidak sihat. Sup ayam Malaysia dihidangkan dalam pelbagai cara, daripada yang paling tradisional kepada moden.

Selain membantu menambah selera, sup ayam juga terkenal sebagai hidangan yang boleh membantu orang yang kurang sihat seperti demam atau selsema supaya cepat pulih kerana dipercayai mengandungi “immunity booster” yang semulajadi hasil dari rebusan tulang ayam atau “chicken bone broth” yang direneh perlahan di dalam sup. 

Resepi Sup Ayam 1

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan:
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 3 sb minyak masak
    • Sup bunjut
    • 1/2 ekor ayam
    • 1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
    • Air secukupnya
    • 1/2-1 batang lobak merah
    • 2 biji kentang
    • Daun sup
    • 1/2 kiub pati ayam
    • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk sup ayam:

    1. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus
    2. Potong lobak merah dan kentang. Kemudain rendam dalam air.
    3. Potong daun sup dan asingkan batang dan daun.
    4. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.
    5. Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.
    6. Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.
    7. Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).
    8. Boleh masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.
    9. Masukkan kiub pati ayam dan garam.
    10. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

 

Resepi Sup Ayam 2

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • sedikit minyak untuk menumis

 

  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 5 biji buah pelaga
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2-3 tangkai cengkih

 

  • Bahan untuk dikisar halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 ulas bawang merah
    • 2 biji buah keras
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil jintan putih

 

  • Bahan-bahan untik dipotong dadu besar:
    • 1/2 batang lobak merah
    • 2 biji kentang sederhana besar
    • tomato (potong 4)
    • celery, jika suka

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Kacau perlahan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau, tutup periuk dan biar sebentar.
  4. Kemudian masukkan air, lebih kurang 3-4 cawan atau agak-agak sehingga air tenggelam isi ayam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng apabila dihidang.

 

Rujukan video untuk penyediaan Sup Ayam:

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment