Adakah anda ingin tahu rahsia di sebalik resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Noghori yang autentik dan memukau? Anda wajib cuba resepi ini yang pasti menggoda setiap deria rasa dan membuat tetamu anda kembali lagi dan lagi!
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sesuatu yang istimewa ini. Anda pasti tidak akan kecewa!
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Noghori yang akan buat tetamu anda kembali lagi dan lagi!
Hari itu saya cuba satu resepi ayam masak lemak cili api dari sebuah blog terkenal, tetapi rasanya tidak begitu memuaskan – macam tak cukup ‘kick’. Namun, bila saya jumpa resepi baru ini, segalanya berubah! Serius, rasa ayam masak lemak cili api ini sama macam makan di Negeri Sembilan.
Saya tak sangka resepi ini begitu mudah dan cepat untuk disediakan. Dalam masa 30 minit sahaja, saya dapat hidangan yang sungguh memukau selera. Ayamnya lembut, kuahnya pekat berlemak dan ada rasa pedas yang sempurna.
Memang tak sia-sia cuba resepi ini. Setelah banyak kali mencuba pelbagai resepi, yang ini memang lain daripada yang lain. Jadi, kalau anda pun nak rasa kelainan dan nak memukau selera keluarga, wajib cuba resepi ini. Pasti ramai yang akan terkejut dengan kehebatannya!
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
- Masa Penyediaan: 20 minit
- Masa Memasak: 25 minit
- Jumlah Hidangan: 5 orang makan
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan:
- 10-20 tangkai cili padi
- 2-3 inci kunyit hidup (**Atau sudu besar serbuk kunyit)
- Sedikit air
- 5kg /1 ekor ayam
- 2 batang serai
- 2 biji kentang
- Santan pekat (dari 1 biji kelapa)
- **atau 2 kotak kecil santan segera
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun kunyit
- 2 keping asam gelugor
- Serbuk perasa (jika suka)
Cara Penyediaan:
- Cili padi buang tangkai, kentang kupas kulit dan potong 4-6 bahagian, kunyit kikis kulit dan cincang kasar. Serai trim hujung dan titik biar pecah sikit. Daun kunyit (pilihan)koyak kasar (kuah) dan hiris halus 2-3 keping (taburan).
- Kisar agak halus cili padi, kunyit dan sedikit air.
- Grill ayam atas kuali sampai keluar minyak ayam. Masuk bahan kisar halus, serai dan sedikit santan cair. Tutup dan masak sekejap.
- Masuk kentang dan reneh sampai ayam masak.
- Masuk santan pekat, garam, daun kunyit dan asam gelugor.
- Reneh atas api perlahan. Kacau sedikit untuk elak kuah berketul.
- Bila dah mendidih boleh tutup api dan hidang dengan hirisan daun kunyit.
Tip Masakan:
- Kalau nak lagi pedas boleh ganti cili kampung @ cili burung.
- Jangan titik serai terlalu hancur takut pecah beserat dalam kuah.
- Tak perlu letak minyak untuk grill ayam.
- Tambah serbuk kunyit untuk warna (jika perlu).
- Garam dapat elakkan santan mudah pecah minyak.
- Kalua pekat sangat, boleh tambah santan pekat, kalau guna santan kotak tambah air putih saja.
Rujukan video untuk penyediaan Ayam Masak Lemak Cili Api:
Resepi Ayam Masak Cili Api
- Masa Penyediaan: 10 minit
- Masa Memasak: 15 minit
- Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam, potong kecil
- 15-25 biji cili padi
- 1 helai daun kunyit
- 2 ketul kunyit hidup
- 1 batang serai, dititik
- 1 keping asam gelugor
- 1 mangkuk besar santan
- garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ayam dan ketepikan.
- Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
- Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
- Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
- Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
- Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.
Tip Masakan:
- Kalau nak lebih sedap gunalah santan segar, tapi jika nak gunakan santan kotak pun boleh cuma kena pandai agak banyak mana air yang nak ditambah ke dalam kuah.
Rujukan video penyediaan:
Sumber: Che Nom