Resepi Laksam ala Pantai Timur yang lembut dan kuah lemak berkrim!

Mari kita belajar resepi Laksam yang pasti menyelerakan dan berkongsi kenikmatannya bersama keluarga tercinta.

Resepi Laksam

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Laksam ala Pantai Timur yang lembut dan kuah lemak berkrim!

 

Laksam merupakan juadah yang mencerminkan keunikan gastronomi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Laksam kian mendapat tempat di hati penggemar masakan tradisional. Resepi Laksam ini bukan sekadar menghidangkan kelazatan autentik yang memikat selera, tetapi juga mengekalkan warisan masakan Malaysia dengan menitik beratkan cara penyediaannya yang mudah diikuti.

Bancuhan tepung beras yang dikukus dan digulung dengan sempurna, disiram dengan kuah santan pekat yang meresap, dan diakhiri dengan ulaman segar, resepi ini pasti akan membawa anda menelusuri keajaiban rasa sebenar Laksam, sebuah hidangan yang memiliki tempatnya tersendiri di peta kuliner Malaysia.

Resepi Laksam

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 8 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan untuk kuah laksam:
    • 1/2 kg ikan kembung
    • 5 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • 1/2 inci halia
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • 3 keping asam jawa
    • seketul gula melaka
    • pati santan dari 1 biji kelapa

 

  • Bahan untuk laksa kukus:
    • 3 cawan tepung beras
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 4 1/2 cawan air suam
    • 1/2 sudu kecil garam

 

  • Bahan untuk sambal belacan:
    • 5 biji cili merah
    • 10 biji cili padi
    • 2 biji jus perahan limau nipis
    • garam dan gula secukup rasa

 

  • Bahan untuk ulam-ulaman:
    • kacang panjang
    • bunga kantan
    • timun
    • daun kesum
    • taugeh
    • bawang besar
    • limau kasturi
    • kubis

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk kuah laksam:
    1. Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
    2. Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
    3. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
    4. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
    5. Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
    6. Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman.

 

  • Cara untuk laksa kukus:
    1. Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8″ atau 9″. Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
    2. Satukan tepung bersama garam.
    3. Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.
    4. Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
    5. Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
    6. Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
    7. Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.

 

 

  • Cara untuk sambal belacan:

Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

 

  • Cara untuk ulam ulaman:

Hiris halus kesemua bahan ulam.

 

Tip Masakan:
  • Boleh dihidangkan bersama belacan dan garam (ikut cara orang kelantan)

 

Rujukan video untuk penyediaan Laksam:

 

Sumber:

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment