Telur bistik mudah dan sedap yang akan membuat anda lupa cara lama memasak telur scramble! Baca untuk ketahui rahsia resepi yang pasti menggoncang selera anda!
Ini Resepi Telur Bistik Mudah Dan Sedap Yang Buat Anda Lupa Tentang Telur Scramble!
Cuba bayangkan telur bistik yang kaya rasa, penuh rempah, dan dihidangkan panas-panas. Terliurkan? Hari tu saya punya masalah besar, telur bistik yang saya buat selalu kelihatan hambar, rupa saja menarik tapi bila makan, hmm… macam ada yang kurang. Tapi, setelah terjumpa resepi ajaib ini, semuanya berubah!
Tak percaya? Telur bistik saya sekarang ini bukan sahaja memukau mata, malah rasanya? Memang tak terkata – macam yang anda dapat di kedai-kedai makan terkenal! Anda juga mesti cuba resepi telur bistik mak jemah ini, dijamin tak menyesal dan sajian anda pasti jadi bualan tetamu!
Resepi Telur Bistik
- Masa Penyediaan: 10 minit
- Masa Memasak: 10 minit
- Jumlah Hidangan: 3 orang
Bahan-bahan:
- 1/2 biji bawang besar, potong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 1 biji cili merah, potong dadu kecil
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 1 mangkuk kecil sayur campur
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil garam
- sedikit air
- daun bawang, hiris nipis
- Bahan-bahan untuk telur goreng:
- 3 biji telur
- 2 sudu besar mayonis
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Panaskan kuali bersama sedikit minyak.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan kacau sehingga kekuningan.
- Masukkan cili merah kemudian diikuti sayur campur, sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam. Kacau seketika.
- Masukkan sedikit air supaya menjadi berkuah. Masak sehingga kuah mendidih.
- Tuang ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Cara-cara untuk telur goreng:
- Panaskan minyak di dalam kuali dalam anggaran 1 mangkuk.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan mayonis, serbuk lada hitam dan garam.
- Kacau adunan telur dengan garfu sehingga sebati dan berbuih.
- Tuang ke dalam kuali dan goreng kedua-dua belah bahagian sehingga garing.
- Angkat telur ke dalam pinggan dan tuang kuah tadi ke atas telur. Tabur dengan hirisan daun bawang.
Rujukan video penyediaan Telur Bistik:
Tip Masakan:
- Kalau tak ada sayur campur atau mixed vege frozen boleh juga digantikan dengan sayur lain. Kalau boleh masukkan sayur yang berlainan warna supaya nampak menarik dan berkhasiat.
Sumber: Che Nom