Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin yang akan memikat hati keluarga anda!

Isi Kandungan Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin yang akan memikat hati keluarga anda! Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip Masakan: Resepi Roti Puri Tanpa Yis Bahan-bahan: Cara Penyediaan: RUJUK RESEPI …

Roti Puri dan Sambal Sardin

Pernahkah anda membayangkan menghidangkan sarapan yang bukan hanya memenuhi perut tetapi juga memikat hati keluarga anda?

Pelajari resepi Roti Puri dan Sambal Sardin yang akan meninggalkan semua orang terpukau.

Roti Puri dan Sambal Sardin

Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin yang akan memikat hati keluarga anda!

 

Bosan dengan sarapan yang itu-itu saja? Saatnya menggoyang lidah keluarga dengan kombinasi menggugah selera yang tak terduga! Temukan bagaimana Roti Puri yang garing bertemu harmonis dengan Sambal Sardin yang pedas manis, menciptakan sarapan pagi yang sempurna. Dijamin, satu suap saja akan membuat seluruh keluarga terpikat, memuji anda di dapur! Siap memulai sensasi rasa yang baru? Resepi ini akan membuat meja makan Anda berubah menjadi pusat kebahagiaan setiap pagi!

 

Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin

  • Masa Penyediaan: 50 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 12 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk Sambal Sardin:
    • Minyak masak
    • 1 biji kentang
    • 1 tin besar sardin
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 3 sb cili kisar
    • 1 sb rempah kari ikan
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 biji tomato
    • Air untuk lebih berkuah
    • Garam secukup rasa
    • Gula secukup rasa
    • 1 biji bawang besar
    • 6-8 tangkai cili padi

 

  • Bahan-bahan untuk Roti Puri:
    • 2 cwn /250g tepung gandum
    • 1 sb gula
    • 1/2 sk garam
    • 1 sb minyak masak
    • 1 sb menimbun majerin
    • Air secukupnya

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk sambal sardin:
    1. Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia (kalau tak suka tergigit halia boleh masuk sekeping besar).
    2. Potong kasar tomato dan bawang besar.
    3. Kentang potong dadu untuk senang makan bila cicah dengan roti nanti.
    4. Cili padi buang tangkai saja tak potong sebab nak letak sebiji-sebiji kalau nak lebih pedas boleh potong.
    5. Untuk sardin asingkan isi ikan sardin dan kuah.
    6. Panaskan minyak dan goreng kentang sampai keperangan.
    7. Bila kentang dah perang boleh angkat dan ketepikan.
    8. Keluarkan sikit minyak (tinggal minyak anggaran 1 senduk).
    9. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sampai keperangan atau sampai naik bau.
    10. Masukkan cili kisar atau cili boh dan kacau sampai garing sikit dan warna berubah jadi lebih gelap.
    11. Masukkan serbuk kari ikan dan daun kari. Kacau sampai naik bau daun kari.
    12. Masukkan tomato, kuah sardin dan air. Kacau sebati
    13. Masukkan kentang goreng dan air asam jawa.
    14. Tambah air sikit untuk lebih berkuah.
    15. Masukkan ikan sardin, bawang besar, garam, gula dan cili padi.
    16. Masak sampai cili padi layu dan tutup api.

 

  • Cara-cara untuk roti puri:
    1. Masukkan tepung gandum, gula, garam, minyak masak dan majerin (kalau tak nak majerin boleh tambah 2 sudu besar minyak masak) dalam mangkuk adunan.
    2. Gaul kering kesemua bahan sampai berderai macam serbuk roti.
    3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sampai jadi doh yang lebut dan tak melekat pada tangan.
    4. Sapu sikit majerin pada permukaan doh supaya doh tak kering dan tak melekat pada mangkuk. Tutup doh dengan kain dan rehatkan 10-15 minit.
    5. Tabur sikit tepung atas papan canai dan uli sikit doh.
    6. Bahagi doh kepada 12 bahagian dan bulatkan sama besar.
    7. Leperkan menjadi bentuk bulat.
    8. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah dileperkan tadi. Siram minyak panas atas doh supaya cepat naik dan berongga ditengah.
    9. Angkat dan toskan minyak.
    10. Hidang roti puri bersama kuah sardin.

 

Tip Masakan:
  • Waktu leperkan doh, doh yang selebihnya boleh tutup dulu dengan kain untuk elak doh mengering.
  • Uli doh sederhana tebal. doh kalau uli terlalu tebal bila goreng roti susah nak naik berongga kalau uli nipis sangat takut mudah berlubang.

 

Resepi Roti Puri Tanpa Yis

Bahan-bahan:
  • Tepung gandum – 3 cawan
  • Gula – 1 sudu besar
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Marjerin – 1 sudu kecil
  • Air suam – 1 cawan
  • Minyak masak secukupnya

 

Cara Penyediaan:

1. Buat Doh

Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.

Uli sampai doh tak lekat di tangan.

 

2. Rehatkan Doh

Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.

 

3. Bentukkan

Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.

Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.

 

4. Goreng

Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas.

Guna api sederhana ya.

Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.

 

5. Siap!

Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat.

Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi.

Lepas tu bolehlah hidangkan.

 

TIPS NAK BAGI PURI KEMBUNG ELOK

  1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
  2. Waktu goreng, guna api sederhana.
  3. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri.
  4. Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment