Resepi Kari Ayam yang buat ketagih. Buat sekali, hidang berkali-kali!

Isi Kandungan Resepi Kari Ayam yang buat ketagih. Buat sekali, hidang berkali-kali! Resepi Kari Ayam Pedas Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip Masakan: Rujukan Video Penyediaan: Resepi Kari Ayam Istimewa Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip Masakan: RUJUK RESEPI …

Resepi Kari Ayam

Ingin hidangan yang tak pernah membosankan?

Resepi Kari Ayam ajaib ini akan buat anda mengidam-nonstop! Cuma masak sekali, nikmati berulang kali! Temui rahsia dapur yang memikat selera!

Resepi Kari Ayam

Resepi Kari Ayam yang buat ketagih. Buat sekali, hidang berkali-kali!

 

Pernahkah Anda mencuba memasak kari ayam di rumah namun hasilnya tidak seistimewa yang diharapkan? Jangan risau! Baru-baru ini, saya bertemu dengan resepi kari ayam yang benar-benar mengubah permainan! Sebelum ini, kari ayam yang saya masak selalu kurang kick, rasa kuahnya tidak cukup pekat dan likat, hampir menyerupai sup biasa. Namun, setelah menggunakan resepi ajaib ini, kari ayam di rumah saya kini tidak kalah dengan versi restoran mamak kegemaran ramai. Percaya atau tidak, dengan resepi baru ini, aroma dan rasa kari ayam menjadi begitu memukau, setiap suapan membawa sensasi seperti sedang menikmati hidangan di kedai kari terkenal!

 

Resepi Kari Ayam Pedas

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 15-20 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

Bahan-bahan:
    • ½ – 1 ekor ayam
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji kentang
    • 2 inci halia
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 1-2 tangkai daun kari
    • 5 sudu besar rempah kari daging
    • 1-2 sudu besar serbuk cili
    • Sedikit air asam jawa
    • ¾ santan kotak
    • Air secukupnya untuk kuah
    • Garam secukup rasa
    • Perasa, jika suka
    • Rempah 4 sekawan:
    • 1 batang kayu manis
    • 4 kuntum cengkih
    • 2 bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga

 

Cara Penyediaan:
    1. Hiris nipis bawang besar (boleh ganti bawang holland).
    2. Kentang, kupas kulit dan potong kepada 2 atau 3 bahagian.
    3. Hiris nipis halia, bawang putih dan bawang merah kecil, kemudian tumbuk dalam lesung batu sehingga lumat (boleh kisar dalam blender)
    4. Bancuh rempah kari daging, serbuk cili dengan sedikit air sehingga sebati.
    5. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan hirisan bawang besar sampai bawang layu/lembut.
    6. Masukkan bahan tumbuk halus, daun kari kemudian kacau sampai kekuningan dan naik bau.
    7. Masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai pecah minyak dan garing.
    8. Tambah 2-3 kali air dan ulang tumis sampai kering dan garing.
    9. Masukkan ayam dan tutup sehingga ayam setengah masak atau kecut.
    10. Masukkan ubi kentang dan masak ketang dalam 3-4 minit.
    11. Masuk santan dan air secukupnya untuk kuah (lebihkan air kalau nak lebih cair).
    12. Jangan lupa garam dan air asam jawa. Boleh tambah perasa jika suka.
    13. Kari sedia untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Goreng bawang besar sampai layu, jangan sampai garing. Bawang akan bagi rasa manis dalam kuah nanti.
  • Untuk menumis pastikan kuali tebal, supaya masak sekata dan tak cepat hangus.
  • Kalau nak pekatkan kuah kurangkan air, kalau nak cair lebihkan air.

 

Rujukan Video Penyediaan:

 

Resepi Kari Ayam Istimewa

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 mangkuk santan
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 3 biji kentang
  • garam secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk hiris halus (A):
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia

 

  • Bahan-bahan untuk rempah tumis (B):
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 1 sudu kecil halba campur

 

Cara Penyediaan:
    1. Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan ketepikan.
    2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
    3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
    4. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Ulang proses selama minimum 3 kali.
    5. Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
    6. Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
    7. Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
    8. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang

 

Tip Masakan:
  • Pastikan tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak dan ulang proses menambah air beberapa kali. Cara ini bukan sahaja memastikan rempah kari masak sempurna, tetapi juga kuah kari boleh disimpan lebih lama dan enak rasanya.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment