BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK B40 : SEMAK NAMA PENERIMA

Panduan untuk menyemak BANTUAN EWALLET RM300 untuk golongan B40. Rujuk artikel ini untuk cara-cara menyemak!

PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM 300

Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet. Bantuan ini ditujukan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan dan pembayaran tanpa tunai (cashless) hanya menggunakan aplikasi e-Wallet.

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN EWALLET

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM108 juta setahun untuk 30,000 penerima yang memenuhi syarat kelayakan setiap tahun. Bantuan sebanyak RM300 dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet penerima setiap bulan.

KELEBIHAN BANTUAN EWALLET

Kelebihan bagi penerima Bantuan eWallet B40 RM300 pada tahun 2024 adalah seperti berikut:

 

  • Setiap bulan, Kerajaan akan menambah nilai RM300 secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet penerima.
  • Baki yang tidak digunakan pada bulan sebelumnya akan dibawa ke bulan seterusnya.
  • Bantuan dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
  • Urusniaga pembelian dilakukan secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.

 

CARA SEMAK STATUS BANTUAN EWALLET RM 300

Untuk membuat semakan status permohonan atau pendaftaran bantuan BINGKAS, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada pautan semakan status di sini: SEMAKAN STATUS
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Pada halaman BINGKAS, klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon yang telah didaftarkan dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan kata laluan yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan untuk melihat status permohonan.
  7. Selesai.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM 300

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Pendapatan isi rumah perlu di bawah RM3,000 (B40).
  • Isi rumah perlu mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pemohon perlu dilahirkan di Selangor atau menetap di Selangor selama lebih dari 10 tahun.
  • Pemohon juga perlu berdaftar sebagai pengundi.

Nota: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang layak akan diberitahu melalui e-mel.

 

RUJUKAN PENTING

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat sebarang pertanyaan mengenai BINGKAS, sila rujuk portal rasmi BINGKAS

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

Leave a Comment