Bantuan Kewangan Ibu Tunggal 2024 : Semak Kelayakan Sekarang !

Semak jenis bantuan kewangan ibu tunggal yang anda layak disini sekarang!

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

JENIS-JENIS BANTUAN

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN IBU TUNGGAL

Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal

  • Bantuan Kanak-Kanak 

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan program bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada ibu tunggal yang layak. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal JKM – Bantuan Kanak Kanak

  • Bantuan untuk Warga Emas

Bantuan ini direka untuk membantu orang dewasa yang lebih tua terus bertahan dan hidup sejahtera dalam komuniti. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal JKM – Bantuan Orang Tua

  • Inisiatif Penyayang Iltizam, Selangor

Program ini direka untuk mengurangkan kos sara hidup dengan menyediakan bantuan kewangan untuk membeli keperluan asas. Untuk maklumat lanjut, layari Inisiatif Penyayang Iltizam Selangor

  • Bantuan Zakat

Ibu tunggal yang memenuhi kriteria menerima zakat boleh memohon bantuan zakat melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

Bantuan Perubatan/Kesihatan Ibu Tunggal

  • Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang

Perkhidmatan yang disediakan oleh Iltizam Selangor Penyayang (dahulunya Inisiatif Peduli Rakyat IPR). Iltizam Selangor Penyayang yang bermula pada Julai 2022 adalah kesinambungan dasar dan rancangan Negeri Selangor untuk mengutamakan kebajikan rakyat melalui prestasi Kerajaan Negeri Selangor dan pelaksanaan usaha berterusan untuk membantu meringankan beban rakyat.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

 

Sila layari portal rasmi Iltizam Selangor Penyayang untuk maklumat lanjut

 

Bantuan Perniagaan Ibu Tunggal

  • TEKUN Nasional : Skim Pembiayaan Program TemanNita :

Program ini membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan berkumpulan bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan cekap.

Untuk maklumat lanjut, layari Portal TEKUN Nasional – Skim Pembiayaan Program TemanNita

  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.  Hanya golongan wanita yang boleh menyertai program AIM.

Maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

  • Bantuan Zakat

Ibu Tunggal yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor yang berkelayakan boleh memohon bantuan zakat di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan juga Lembaga Zakat Selangor (LZS)

  • Geran Pelancaran

Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga

Untuk maklumat lanjut layari Portal JKM – Geran Pelancaran

 

CARA SEMAK KELAYAKAN

Anda boleh menyemak kelayakan anda di pautan ini.

RUJUKAN PENTING

 

MAKLUMAT LANJUT

JABATAN DIGITAL NEGARA

Aras 1-6, Blok B

MKN Embassy Techzone

Jalan Teknorat 2

62502 Cyberjaya

Malaysia

No Telefon : 603 8000 8000

Faks : 603-8888 3163

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment