Bayaran STR FASA 2 Mulai April : Semak Nama Penerima

Semak status bayaran STR dan kadar bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah sekarang.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bawah Belanjawan MADANI kedua (Belanjawan 2024) untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.

Hampir RM8 bilion akan diperuntukkan dalam fasa kedua STR bagi membantu meringankan kos sara hidup 8.7 juta penerima.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2024

Tarikh pembayaran fasa kedua STR adalah dari April 2024 (tarikh sebenar akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran STR fasa kedua diagihkan kepada penerima menjelang sambutan Hari Raya tahun ini, pada awal April, dua minggu sebelum Hari Raya.

KADAR BANTUAN

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah

  • RM1,000 (Tiada anak)
  • RM1,500 (1-2 anak)
  • RM2,000 (3-4 anak)
  • RM2,500 (5 ke atas)

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000

  • RM500 (Tiada anak)
  • RM750 (1-2 anak)
  • RM1,000 (3-4 anak)
  • RM1,250 (5 ke atas)

Warga Emas Tiada Pasangan : RM 600

Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta pendapatan RM2,500 ke bawah : RM350

 

SEMAKAN STATUS STR

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui disini.

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang dikongsikan di atas diperoleh daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747

Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-mel: [email protected]

Anda juga boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

RUJUKAN PENTING 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment