BANTUAN SUBSIDI RM2400 : Semak Kelayakan Disini!

Semak kelayakan dan mohon subsidi sebanyak RM2400. Permohonan telah dibuka!

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah program rebat yang ditawarkan oleh Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 untuk pembelian atau langganan motosikal elektrik bagi menggalakkan orang ramai beralih kepada kenderaan elektrik.

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN 

Tempoh permohonan MARiiCas dibuka mulai 8 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024 atau sehingga stok motosikal elektrik habis ditebus.

KAEDAH PEMBERIAN SUBSIDI

  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik 
  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

 

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

KELAYAKAN BANTUAN SUBSIDI

  • Individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 atau kurang.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Memiliki lesen memandu motosikal yang sah (Kelas B, B1 atau B2).

CARA MOHON SUBSIDI

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman web https://insentif.marii.my/user/register:

  1. Lawati laman web https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.
  2. Klik butang “Daftar” untuk pengguna pertama kali. Isi maklumat terkini pemohon seperti nama, nombor kad pengenalan, dan butiran peribadi.
  3. Terima e-mel pengesahan. Semak juga folder e-mel spam jika e-mel pengesahan tidak diterima di peti masuk utama.
  4. Log masuk semula setelah pendaftaran selesai untuk proses permohonan MARiiCas.
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan untuk setiap permohonan.
  7. Terima e-mel pengesahan permohonan.
  8. Semak keputusan dengan log masuk ke pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

NOTA :  Bayaran perkhidmatan tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.

 

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan dokumen pendapatan tahunan seperti:

Bagi yang bekerja: Slip gaji disahkan oleh majikan berserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi pekerja bebas: Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pesara kerajaan: Slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 

Pesara swasta: Borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi pelajar: Kad Pelajar; dan Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

  • Lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, atau B2).

INFO PENTING PERMOHONAN

  • Setelah permohonan diluluskan, pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR untuk menikmati insentif yang ditawarkan dengan membeli motosikal elektrik daripada syarikat pembuatan yang disahkan.
  • Kod QR sah selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Selepas tamat tempoh, pemohon mesti memohon semula untuk mendapatkan kod QR yang sah.
  • Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected]  

RUJUKAN PENTING

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment