LOGIN SAPS IBU BAPA 2024 : Panduan Cara Semak Keputusan Peperiksaan

Cara mudah LOGIN SAPS untuk ibu bapa untuk semak keputusan peperiksaan tahun 2024. 

SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ibu bapa ialah sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan untuk membolehkan ibu bapa melihat keputusan peperiksaan sekolah dengan lebih mudah.

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan sekolah menengah untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

CARA LOGIN SAPS

Pautan Log In SAPS

  1. Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran pelajar. 
  2. Seterusnya, pilih sama ada pendidikan rendah atau menengah sebelum mengklik butang pengesahan.

NOTA : Sila hubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh semakan keputusan peperiksaan.

PANDUAN GRED/MARKAH PEPERIKSAAN

GRED SEKOLAH RENDAH

MARKAHGRED

KETERANGAN

80-100ACemerlang
65-79BBaik
50-64CMemuaskan
40-49DMencapai Tahap Minimum
0-39EBelum Mencapai Tahap Minimum
THTidak Hadir

 

GRED SEKOLAH MENENGAN RENDAH

MARKAHGREDKETERANGAN
85-100ACemerlang
70-84BKepujian
60-69CBaik
50-59DMemuaskan
40-49EMencapai Tahap Minimum
0-39FBelum Mencapai Tahap Minimum
THTidak Hadir

 

GRED SEKOLAH MENENGAH ATAS

 

MARKAHGREDKeterangan
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
0-39GGagal
THTidak Hadir

 

JENIS KEPUTUSAN YANG BOLEH DISEMAK

  • Keputusan Sekolah Menengah: Tahap 1-5
  • Keputusan Sekolah Rendah: Darjah 1 – 6

PANDUAN AM MASALAH SAPS

  • Nombor KP Pelajar Tidak Dapat Akses SAPS

Ibubapa tersebut perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut. GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah. 

  • Ejaan Nama Pelajar Salah 

Ibubapa dikehendaki menghubungi guru kelas (GK) anak mereka untuk memaklumkan hal berkenaan. Setelah itu, GK perlu mengemaskini nama pelajar tersebut di dalam APDM dan memaklumkan kepada SUP sekolah untuk Import semula nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam SAPS.

MAKLUMAT LANJUT SAPS

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SAPS sila hubungi:

  • Sekolah anak anda mengetahui tarikh keputusan peperiksaan dan memastikan maklumat pelajar adalah betul.
  • Jabatan Pendidikan dan Teknologi (BTP) hubungi 03-8321 7000 atau e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan SAPS.
  • Pusat Panggilan Kementerian Pendidikan: 1800-88-7723 atau e-mel [email protected] untuk sebarang maklum balas atau cadangan berkaitan SAPS.

RUJUKAN PENTING

RUJUKAN DAN PANDUAN LAIN 

 

Leave a Comment