Semak kelayakan anda dan mohon untuk mendapatkan program saringan kesihatan PERCUMA 2024 . Baca disini untuk cara memohon!
SARINGAN KESIHATAN PERCUMA PERKESO
Program Pemeriksaan Kesihatan (HSP) adalah program yang ditawarkan oleh PERKESO yang menyediakan pemeriksaan kesihatan PERCUMA kepada pekerja untuk pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan risiko penyakit jantung.
PERKESO telah menambah baik program HSP Fasa 3 (HSP 3.0) untuk meningkatkan parameter pemeriksaan kesihatan dengan menyediakan ujian saringan yang lebih komprehensif untuk mengesan lebih banyak faktor risiko.
TARIKH PELAKSANAAN
16 Mei 2023 sehingga tahun 2024.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 40 hingga 59 tahun
- Merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan (mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
- Telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah Skim Keilatan
CARA MOHON
Sila muat turun aplikasi mudah alih SEHATi melalui Google Play Store atau platform Apple App Store ke:
- Semak kelayakan
- Jadualkan temujanji pemeriksaan kesihatan
- Dapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan
Pencarum juga boleh menyemak kelayakan di portal SEHATi.
PANDUAN MENGGUNAKAN APLIKASI SEHATI
- Muat turun aplikasi SEHATi secara percuma dari Google Playstore atau Apple Appstore.
- Daftar sebagai pengguna di aplikasi SEHATi
- Lengkapkan soalan pra-penilaian dan DASS-21 untuk menyemak kelayakan HSP anda
- Pilih pakej pemeriksaan kesihatan standard.
- Temujanji Pemeriksaan Kesihatan bersama Klinik Kumpulan HSP melalui Aplikasi SEHATi
- Pergi ke klinik mengikut jadual.
- Selepas melengkapkan saringan kesihatan standard, pekerja wanita yang berminat untuk menerima mamogram juga perlu memohon temu janji dengan Pusat Mammografi Panel HSP melalui SEHATi.
- Panduan pengguna untuk menggunakan aplikasi SEHATi boleh didapati di https://sehati.perkeso.gov.my/source/guide
JENIS SARINGAN YANG DITAWARKAN
- Saringan kesihatan standard
- Saringan mamogram (untuk wanita sahaja)
MAKLUMAT LANJUT
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan
Tingkat 15, Menara PERKESO
281, Jalan Ampang
50538 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
No. Telefon : 1-300-22-8000
Emel : hsp@perkeso.gov.my
RUJUKAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- WANG TAK DITUNTUT WTD 2024 : Semak dan tuntut wang anda sekarang!
- AKAUN 3 KWSP FLEKSIBEL : Tarikh Pelaksanaan dan Info Terkini
- DISKAUN BAYARAN BALIK PTPTN 2024 : Anda layak untuk memohon!