Diskaun bayaran balik PTPTN sehingga 15% untuk semua peminjam. Semak kelayakan anda disini sekarang dan mohon sekarang sebelum 31 Mac 2024!
Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan insentif kepada peminjam PTPTN dalam Belanjawan MADANI kedua (Belanjawan 2024) bagi menggalakkan penyelesaian baki pinjaman.
TARIKH PELAKSANAAN DISKAUN
14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024
CARA PELAKSANAAN DISKAUN BAYARAN BALIK PTPTN
Mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15% akan dilaksanakan, meliputi (3) kategori berikut:
DISKAUN (%) | KATEGORI PEMBERIAN DISKAUN |
10 | Atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman |
10 | Bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran |
15 | Bayaran secara potongan gaji atau debit terus secara berjadual |
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Semua peminjam PTPTN yang membayar balik pinjaman mereka antara 14 Oktober 2023 dan 31 Mac 2024, termasuk yang dikenakan tindakan penguatkuasaan
CARA MOHON DISKAUN PTPTN
% | Kategori Pemberian Diskaun | Cara Pemohonan |
10 | Atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman | – Diskaun 10% akan diberikan pada setiap hujung bulan. <br>- Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemas kini. Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN dan aplikasi myPTPTN |
10 | Penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang | |
15 | Bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct-Debit) mengikut jadual bayaran balik | – Diskaun 15% diberikan pada setiap hujung bulan. <br>- Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% dikemas kini. Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN |
MAKLUMAT LANJUT
Peminjam boleh menghubungi PTPTN untuk sebarang pertanyaan melalui saluran berikut:
- Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
- Live Chat
- e-Aduan
- Eksekutif Pemasaran PTPTN
- Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Selain itu, peminjam juga boleh melayari Portal Rasmi PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut.
RUJUKAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- BANTUAN SUBSIDI RM2400 : Semak Kelayakan Disini!
- BANTUAN OKU 2024 : PAS PERJALAN PERCUMA
- Bantuan Kewangan Ibu Tunggal 2024 : Semak Kelayakan Sekarang !