AKAUN 3 KWSP FLEKSIBEL : Tarikh Pelaksanaan dan Info Terkini

Akaun 3 KWSP: Butiran lanjut dan tarikh pelaksanaan akan diumumkan dalam bulan April 2024. Sebuah akaun tambahan akan diperkenalkan oleh KWSP untuk memberi manfaat kepada ahli.

PENGENALAN AKAUN 3 KWSP 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Akaun 3, yang membolehkan pengeluaran simpanan pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham Hussein berkata Akaun 3 yang dicadangkan akan beroperasi seperti akaun simpanan, dengan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

INFO AKAUN 3 KWSP

 

  • KWSP mengusulkan pengenalan akaun 3 yang fleksibel untuk pengeluaran wang pada bila-bila masa.
  • Cadangan ini diajukan oleh Nurhisham Hussien, Ketua Pegawai Strategi KWSP, untuk pengeluaran dalam keadaan kecemasan.
  • Perlu diambil kira tahap disiplin ahli KWSP agar pengeluaran wang mereka tidak menjadi terlalu kerap.
  • KWSP perlu memastikan ahli memiliki dana yang mencukupi sebelum mewujudkan akaun ketiga dengan pengeluaran secara fleksibel.

 

TARIKH PELAKSANAAN AKAUN 3 KWSP

 

Akaun Fleksibel baharu akan dilaksanakan pada April 2024.

 

SYARAT DAN KELEBIHAN AKAUN 3 KWSP

 

  • KWSP mengumumkan cadangan pengeluaran bulanan yang mandatori, khusus untuk ahli baru yang dilahirkan pada atau selepas tahun 2010.
  • Inisiatif Akaun 3 yang dicadangkan bertujuan untuk memenuhi keperluan tunai kecemasan ahli dan menarik minat pekerja sektor tidak formal untuk menyumbang.
  • Ahli sedia ada berpeluang untuk menyertai Akaun 3 secara sukarela dengan pilihan memindahkan simpanan dari Akaun 1 atau 2.
  • Walaupun dividen Akaun 3 mungkin lebih rendah, ia bertindak sebagai dana kecemasan dengan caruman antara 3% hingga 5% yang akan dikreditkan secara automatik.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat terkini mengenai Akaun 3 KWSP, sila rujuk sumber rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui:

Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Hotline: 03-8922 6000

Laman web rasmi: https://www.kwsp.gov.my

 

SUMBER : SINAR HARIAN

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

Leave a Comment