Resepi Set Lengkap Nasi Lemak ala Royale Kedah yang confirm menggugat selera!

Bayangkan aroma santan yang meresap, sambal yang pedas menggoda, dilengkapi dengan ayam berempah yang sempurna. Apakah kunci di sebalik hidangan lagenda ini?

Sertai kami untuk membongkar rahsia Resepi Set Lengkap Nasi Lemak ala Royale Kedah, yang dijamin akan membuat setiap suapan tidak cukup hanya dengan satu!

Set Lengkap Nasi Lemak ala Royale Kedah

Resepi Set Lengkap Nasi Lemak ala Royale Kedah yang confirm menggugat selera!

 

Resepi Nasi Lemak ala Royal Kedah istimewa ini bukan sekadar menyajikan kelazatan, tetapi juga membawa pengalaman bersantap yang layaknya seorang raja dan ratu. Mempersiapkannya ialah sebuah pengembaraan gastronomi yang melibatkan kelazatan nasi yang wangi, dilengkapi dengan sambal yang meresap ke dalam jiwa, ikan bilis renyah garing dan tentu saja, kehadiran ayam goreng berempah khas ala Royal Kedah yang menjadi permata dalam mahkota resipi ini. Biarkan setiap suapan membawa anda pada sebuah perjalanan ke negeri Kedah, di mana rasa dan aroma tradisi berpadu dalam harmoni. Sediakan diri anda, resepi Nasi Lemak ala Royal Kedah ini tidak hanya menjanjikan sebuah pengalaman santapan, tetapi sebuah perjalanan sejarah dan budaya ke dalam piring anda.

Resepi Nasi Lemak ala Royale Kedah

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 susu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 6 biji bawang merah (dimayang)
  • 5 biji bawang putih (dimayang)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 inci halia (dimayang)
  • 3 bunga lawang
  • 2 kulit kayu manis
  • 5 biji pelaga
  • 4 bunga cengkih
  • 10 biji lada hitam
  • 2 helai daun pandan
  • 4 cawan air panas
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • Daun pandan
  • Ajinomoto (jika suka)

 

Cara Penyediaan:
  • Basuh beras sehingga bersih. Toskan airnya.
  • Masukkan air dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk yang berisi beras tadi.
  • Biarkan selama 15-30 minit dan basuh serta toskan airnya.
  • Jadi sekarang beras bewarna kuning.
  • Dalam kuali masukkan minyak dan panaskan.
  • Setelah minyak panas, tumiskan bawang merah, bawang putih, halis, bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga, bunga cengkih dan lada hitam.
  • Masukkan daun pandan.

 

** Satu lagi cara untuk memasak nasi ini ialah dengan memasukkan kesemua bahan diatas kedalam periuk beserta dengan beras, garam dan gula serta ajinomoto sekali.

Rebus naik saja macam kita masak nasi biasa tanpa ditumis apa-apa.

 

  • Bila sudah bau wangi bawang dan bawang garing, masukkan beras.
  • Sederhanakan api dapur dan kacau takut hangus.
  • Kacau sampai minyak meresap semuanya kedalam beras. Matikan api dapur dan ketepikan.
  • Masukkan beras tadi kedalam periuk elektrik dan masukkan air panas dan santan. (Sukatan air bergantung kepada beras yang anda guna)
  • Cuma lebih baik jika kurangkan sedikit air dari kebiasaan anda masak nasi sebab dalam masakan ini kita guna santan dan minyak. Jadi ini juga akan membantu melembutkan nasi.
  • Tambah gula, garam, daun pandan dan ajinomoto.
  • Masaklah seperti biasa. (Kalau nasi sudah masak agak keras atau kurang air sila tambah air panas 1/2 cawan kedalamnya sambil menggemburkan nasi)

 

Tip Masakan:
  • Seeloknya bila semua bahan sudah dimasukkan kedalam periuk, rasailah dahulu. Jika perlu tambah apa yang kurang.
  • Penggunaan air panas adalah perlu untuk nasi elok sebab panas air sekata.

 

Resepi Udang Goreng Kari

Bahan-bahan:
  • 30 ekor udang besar
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar rempah kari ayam atau ikan (tidak dibancuh)
  • Bawang besar
  • Cili padi

 

Cara Penyediaan:

  • Gaulkan udang, serbuk kunyit, garam dan gula.
  • Panaskan minyak.
  • Bila minyak sudah panas, masukkan udang tadi.
  • Goreng sampai udang masak tapi jangan terlalu lama.
  • Pastikan air udang telah kekeringan baru masukkan rempah kari.
  • Bila air udang sudah kering, masukkan rempah kari kedalam kuali. Gaulkan.
  • Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan cili padi kedalamnya. Masukkan sebuk perasa waktu ini jika mahu.
  • Bila bawang sudah agak layu sedikit, bolehlah diangkat.

 

Resepi Ayam Goreng Rempah Mamak

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 24 bahagian)
  • 15 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • Halia
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar tepung goreng ayam
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil biji jintan manis
  • 1 sudu kecil biji jintan putih
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 1 sudu besar sebuk kunyit

 

Cara Penyediaan:
  • Kukus dahulu ayam 20 minit supaya isinya betul-betul masak apabila digoreng nanti.
  • Masukkan bahan kedalam bekas dan gaul semuanya.
  • Perap 30 minit (lagi lama lagi sedap)
  • Kemudian, goreng ayam guna minyak yang banyak melepasi paras ayam.

 

Resepi Kuah Kari Mamak

Bahan-bahan:
  • 3 bungkus kecil rempah kari ayam
  • 1 bungkus kecil rempah kari ikan
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar rempah masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu besar gula
  • Garam (jika perlu)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 kotak kecil santan
  • 2 cawan minyak
  • Pes asam jawa

 

Bahan-bahan tumis 1:
  • 7 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar

 

Bahan-bahan tumis 2:
  • 2 kulit kayu manis
  • 4 bunga lawang
  • 6 biji pelaga
  • 8 bunga cengkih

 

Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam periuk. Apabila sudah panas, tumis bahan tumisan tadi.
  • Bila sudah wangi, masukkan rempah yang dibancuh.
  • Kemudian kacau. Bila nampak rempah sudah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat tambahkan air.
  • Biarkan mendidik 2 kali.
  • Kemudian masukkan kiub ayam, gula, garam dan pes asam jawa.
  • Biarkan mendidih berkali-kali sampai kuah pekat dan jadi sedap.

 

 

 

Sumber: makanapaaje.blogspot.com

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment