Sizzling Yee Mee: Ini resepi kuah pekat yang padu, tak perlu pergi food court!

Isi Kandungan Sizzling Yee Mee: Ini resepi kuah pekat yang padu, tak perlu pergi food court! Resepi Sizzling Yee Mee Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Rujukan video penyediaan: RUJUK RESEPI LAIN: Pernah terbayang membuat Sizzling Yee Mee …

Resepi Sizzling Yee Mee

Pernah terbayang membuat Sizzling Yee Mee yang sempurna tanpa langkah keluar rumah? Rahsia kuah pekat yang membuatkan anda lupakan jalan ke food court.

Bersedia untuk terpesona?

 

Resepi Sizzling Yee Mee

Sizzling Yee Mee: Ini resepi kuah pekat yang padu, tak perlu pergi food court!

 

Resepi Sizzling Yee Mee

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk sizzling yee mee:

    • 4 sudu besar minyak masak
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 8-10 tangkai cili kering (kurangkan cili kering separuh untuk kurang pedas)
    • 500g ayam
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 6 cawan / 1.5 liter air
    • 1 kiub ayam
    • 1/4 cawan kicap manis
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar kicap cair
    • 1 sudu besar kicap pekat karamel
    • 8-10 cendawan shitake
    • 3 sudu besar tepung jagung
    • Sedikit air
    • Gula secukup rasa
    • Garam secukup rasa
    • 1 sudu besar minyak bijan
    • Yee Mee kering
    • Sayur bok choy
    • Telur

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Cincang halus bawang putih. Boleh lebihkan bawang kalau suka.
    2. Hiris nipis halia. Guna halia muda sebab bau dan rasa dia lebih mild dan kurang pedas.
    3. Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air sejuk kemudian buang biji.
    4. Cendawan shitake bilas dengan air dan lap kotoran yang masih melekat. Potong nipis cendawan, tapi lagi suka potong dua je.
    5. Sayur bok choy trim hujung (bahagian batang), kalau nak potong kecil.
    6. Untuk ayam campur bahagian tulang dan isi. Potong kecil ayam.

 

  • Cara-cara untuk kuah sizzling:
    1. Dalam kuali berasingan atau sizzling plate masukkan 2-3 senduk kuah sizzling dan panaskan.
    2. Masukkan yee mee kering, sayur bok choi dan isi ayam. Boleh tambah kuah kalau suka.
    3. Masuk sebiji telur dan teruskan masak.
    4. Bila telur telur putih dah masak tapi telur kuning masih cair, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
    5. Boleh hidang bersama cili potong atau cili jeruk.

 

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment