SKDS 2.0 – Permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

Isi Kandungan SKDS 2.0 – Permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi Tempoh Permohonan SKDS 2.0 Syarat Permohonan SKDS & Jenis Kenderaan Yang Layak Cara Permohonan SKDS 2.0 Pertanyaan & Maklumat Lanjut Ketahui cara permohonan SKDS 2.0 …

SKDS

Ketahui cara permohonan SKDS 2.0 untuk kenderaan pengangkutan barangan dan awam, syarat-syarat kelayakan, dan info penting mengenai subsidi diesel di Malaysia. Maklumat lengkap di sini!

Baca Juga : BUDI MADANI: Program Bantuan Subsidi 

SKDS 2.0 – Permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

SKDS

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

SKDS 2.0, dikenali sebagai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi, telah diperkenalkan untuk mengatasi risiko kebocoran dan penyeludupan diesel bersubsidi secara lebih efisien.

Pada bulan Januari yang lalu, fasa pertama projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan enam syarikat perintis dari sektor pengangkutan darat (barangan). Pada fasa kedua, penglibatan diperluas kepada kenderaan seperti lori kargo umum, lori pengangkut minuman botol, lori ais, lori luton, lori tanki, lori pembawa air, van panel dan van berjendela.

Untuk SKDS 2.0 Fasa II ini, kelayakan telah diperluas kepada 14 jenis kenderaan pengangkutan darat barangan bertujuan untuk membantu mengurangkan kesan kenaikan kos operasi kepada syarikat-syarikat serta menjaga kestabilan harga barangan di pasaran.

Baca Juga : BUDI Agri Komoditi

Pelaksanaan Rebat Subsidi Diesel di Stesen-Stesen Minyak di Semenanjung Malaysia

Menurut pengumuman Kementerian Kewangan, KPDN akan menguatkuasakan harga baharu diesel pada kadar RM3.35 setiap liter di stesen-stesen minyak di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam.

Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menerima manfaat dari diesel bersubsidi dengan menggunakan kad fleet di bawah SKDS.

Syarikat-syarikat pengangkutan awam dan barangan yang telah mendapatkan kelulusan SKDS tetapi belum menerima kad fleet daripada syarikat minyak diwajibkan untuk menyimpan resit pembelian diesel mulai 10 Jun 2024 untuk membolehkan tuntutan pembayaran balik dilakukan kepada Kementerian Kewangan mengikut prosedur permohonan yang akan diumumkan nanti.

KPDN menggesa syarikat-syarikat pengangkutan yang memenuhi syarat tetapi belum memohon kelulusan subsidi diesel agar segera melakukannya dan memohon kad fleet dari syarikat minyak pilihan.

Tempoh Permohonan SKDS 2.0

Permohonan bagi 14 jenis kenderaan barangan tambahan ini dibuka melalui Sistem MySubsidi Diesel bermula dari hari Isnin, 13 Mei 2024, jam 10.00 pagi.

Syarat Permohonan SKDS & Jenis Kenderaan Yang Layak
  • SKDS 1.0 : 10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam termasuk bas sekolah, bas ekspres, dan sebagainya.
  • SKDS 2.0 Fasa 1 : 9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan termasuk lori rigid kargo umum dan sebagainya.
  • SKDS 2.0 Fasa II : 14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan Baharu termasuk lori rigid – curtainsider, lori hasil pertanian, dan banyak lagi.
Cara Permohonan SKDS 2.0

Permohonan boleh dibuat melalui laman web https://mysubsidi.kpdn.gov.my. Maklumat yang diperlukan termasuk butiran syarikat, nombor pendaftaran kenderaan dan pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama).

Kelulusan akan diberikan segera dengan syarat semua maklumat disediakan dengan lengkap dan tepat.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel boleh dihubungi pada nombor 03-8882 5917/ 6176/ 5894/ 5893, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja.

Untuk pertanyaan berkenaan permohonan Kad Fleet, syarikat-syarikat minyak boleh dihubungi melalui platform perhubungan mereka seperti Petronas, Shell, Petron, Caltex, dan BHP.

Baca Juga : BUDI MADANI: Bayaran Bantuan Tunai Fasa Pertama 

Leave a Comment