Resepi Sambal Sardin yang ringkas tapi confirm sedap!

Pernah terbayang tak, bagaimana sesuatu yang ringkas mampu mengubah hidangan biasa menjadi luar biasa?

Mari kita sulam keajaiban dengan resepi Sambal Sardin yang confirm sedap ini!

Resepi Sambal Sardin

Resepi Sambal Sardin yang ringkas tapi confirm sedap!

 

Resepi Sambal Sardin yang dijamin akan membuatkan anda rindu kepada sentuhan homemade yang penuh kasih sayang. Cabaran rasa pedas, manis, dan asam merebak dalam setiap gigitan, membawa anda dalam perjalanan kulinari yang mengasyikkan. Sambal Sardin bukan semata-mata tentang ikan dalam tin, namun ia tentang merubah yang biasa menjadi luar biasa. Bersiaplah untuk mencuri perhatian saat jamuan makan dengan hidangan ini yang tidak hanya memikat lidah, tetapi juga melekat di hati.

Resepi Sambal Sardin

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

 

Bahan-bahan:
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 biji kentang
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 1/2 biji bawang besar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • 1 tin besar sardin

 

Cara Penyediaan:
  1. Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, kemudian kisar kasar.
  2. Potong membulat bawang besar (untuk taburan).
  3. Kentang kupas kulit, potong wedges, rendam sekejap kemudian gaul dengan garam.
  4. Panaskan minyak dan goreng kentang. Bila kentang dah perang boleh angkat dan ketepikan.
  5. Asingkan isi ikan sardin dan kuah kemudian goreng ikan sampai garing.
  6. Angkat ikan dan ketepikan dulu.
  7. Tumis bahan kisar kasar sampai layu.
  8. Masukkan semua kuah sardin dan kacau sampai pecah minyak.
  9. Masukkan garam, sos tiram, sos cili, kentang goreng dan ikan sardin goreng.
  10. Tambah air sikit kalau kuah kering.
  11. Perah sedikit jus limau nipis (untuk hilang hanyir ikan).
  12. Akhir sekali tabur hirisan bawang besar dan cili padi.

 

Tip Masakan:
  • Masa asingkan isi ikan dan kuah, bilas sikit isi ikan dengan air untuk kurangkan effect meletup masa goreng nanti.
  • Goreng kentang dengan api sederhana. Luar kentang biar perang tapi dalam kentang keras sikit takpa sebab kita akan masak lagi sekali.
  • Masa goreng ikan, tunggu garing sebelah bawah baru alih, kalau alih cepat sangat nanti isi ikan jadi mudah hancur.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Sambal Tumis Sardin

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • 1 tin ikan sardin
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 2 biji kentang
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 hirisan nipis halia
  • 1/2 mangkuk kecir air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • cili padi , jangan potong masukkan sebiji-sebiji

 

Cara Penyediaan:
  1. Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.
  2. Panaskan minyak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. Masukkan kentang pada waktu ini supaya mudah empuk.
  4. Masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
  5. Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

Tip Masakan:
  • Boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment