Ssst… Jangan Terkejut! Resepi Kuey Teow Kungfu Ini Akan ‘Flying Kick’ Selera Anda Terus Ke Awan

Pernahkah anda terbayang kuey teow yang mampu ‘flying kick’ selera anda sehingga melayang ke awan? Temui rahsia di sebalik resepi Kuey Teow Kungfu yang bakal mengejutkan dan membuat anda tertanya-tanya, apa yang menjadikannya begitu luar biasa!

Resepi Kuey Teow Kungfu

Ssst… Jangan Terkejut! Resepi Kuey Teow Kungfu Ini Akan ‘Flying Kick’ Selera Anda Terus Ke Awan

 

Pernah tak cuba masak kuey teow di rumah tapi rasa macam tak jadi je? Asyik makan kat luar sebab tak jumpa resepi yang betul-betul padu? Saya pun pernah alami situasi ni! Tapi hari tu, saya terjumpa satu resepi kuey teow kungfu yang viral. Mula-mula skeptikal juga nak cuba, tapi bila dah rasa… Ya Allah, serius rasa macam makan kat restoran mewah!

Rugi kalau tak cuba resepi ni. Jangan ingat masak di rumah tak boleh setanding dengan restoran, sebab lepas cuba resepi ni, confirm tak pandang luar lagi. Apa lagi, jom kita buat Kuey Teow Kungfu yang power ni!

 

Resepi Kuey Teow Kungfu Rangup

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 6 orang
Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kuah kung fu:
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 ketul isi ayam
    • sedikit lada sulah
    • sedikit hirisan lobak merah
    • 5-6 ekor udang
    • 1 keping kek ikan
    • 7-8 biji bebola ikan
    • 4-5 batang sayur jagung muda /baby corn
    • 2 ekor sotong
    • anggaran 6 cawan air (untuk 4 orang makan)
    • 1/2 ketul kiub ayam
    • 2-3 sudu besar tepung jagung + sedikit air
    • 10 tangkai cili padi
    • sayur pak choy
    • 1 biji tomato
    • garam secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk taburan:
    • 1 tangkai daun bawang
    • bawang goreng

 

  • Bahan-bahan untuk kuey teow goreng:
    • 1 bungkus /500g kuey teow
    • 2 biji telur
    • sedikit garam
    • sedikit lada sulah

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kuah:
    1. Cincang kasar bawang putih.
    2. Buang tangkai dan belah hujung cili padi.
    3. Belah 4 sayur jagung muda (baby corn) dan tomato.
    4. Potong memanjang carrot.
    5. Sayur pak choy buang hujung (bahagian akar) dan tak perlu potong sayur, biarkan sehelai panjang
    6. Daun bawang hiris untuk hiasan
    7. Fish cake dan fish ball hiris nipis
    8. Potong kecil isi ayam dan sotong.
    9. Bersihkan dan buang tali hitam belakang udang.
    10. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
    11. Masukkan isi ayam dan lada sulah.
    12. Masukkan carrot, udang, fish cake, fish ball, baby corn dan akhir sekali sotong.
    13. Masukkan air.
    14. Masukkan kiub ayam.
    15. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuah.
    16. Masukkan cili, sayur pak choy, lada sulah, tomato dan garam secukup rasa.

 

  • Cara-cara goreng kuey teow:
    1. Bilas sikit kuey teow dan toskan.
    2. Pecahkan telur, tambahkan sedikit lada sulah dan garam kemudian kacau sebati.
    3. Ambil satu bahagian kuey teow.
    4. Tuang sikit telur dan gaulkan.
    5. Panaskan minyak dan goreng kuey teow.
    6. Goreng sampai garing di bahagian tepi.
    7. Tuang dengan kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

 

Tip Masakan:
  • Sotong masukkan last sekali dan tak nak masak lama sebab nanti sotong jadi keras dan liat.
  • Tepung jagung tak boleh masuk terus, bancuh dulu sebab takut kuah berketul.
  • Satu bungkus kuey teow anggaran 6 cawan air untuk 4 orang makan dan seorang dlm satu cawan lebih. Agak-agak kalau anda masak dlm kuantiti berlainan.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kuey Teow Kungfu

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 5 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:
  • 1 paket kuey teow, 500g
  • 1-2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah

 

  • Bahan-bahan untuk kuah:
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 mangkuk fishball atau fishcake
    • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
    • 5 ekor udang
    • 3 ekor sotong
    • air, anggaran 3 cawan
    • sayur karot, hiris halus memanjang
    • bunga kobis
    • 3 batang jagung muda
    • sayur sawi
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • 1 sudu besar serbuk pati ayam
    • garam secukup rasa
    • 1 biji tomato, belah 4
    • 6 biji cili padi, belah dua
    • 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
    • hirisan daun bawang
    • bawang goreng

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kuey teow:
    1. Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.
    2. Panaskan sedikit minyak.
    3. Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.
    4. Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.

 

  • Cara-cara untuk kuah:
    1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
    2. Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kacau seketika.
    3. Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih kemudian msukkan sotong dan udang.
    4. Masukkan karot, jagung muda, bunga kobis dan sawi.
    5. Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
    6. Masukkan tomato dan cili padi, dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.
    7. Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.

 

Tip Masakan:
  • Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment