Bosan dengan resepi bihun goreng yang itu-itu sahaja? Jangan terkejut kalau terliur membaca resepi ini—ia benar-benar ‘gempak’ dan pasti akan menggoda selera anda!
Ketahui bahan rahsia yang menjadikan hidangan ini luar biasa dan saksikan semua orang berebut-rebut di meja makan.
Resepi Bihun Goreng Ini Memang ‘Gempak’, Jangan Terkejut Kalau Terliur!
Hari tu ada cuba masak bihun goreng, tapi rasa dia biasa-biasa je. Bihun tak cukup rasa, tak berapa sedap. Tapi lepas guna resepi baru ni, tak sangka bihun goreng ni rasa dia macam kat restoran terkenal! Memang tak sia-sia cuba resepi ni. Bihun gorengnya cukup rempah, penuh rasa dan teksturnya pun mantap. Korang memang kena cuba resepi ni, pasti puas hati! Kalau tak cuba, memang rugi besar!
Resepi Bihun Goreng
- Masa Penyediaan: 15 minit
- Masa Memasak: 15 minit
- Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk tumbuk halus
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
- Bahan-bahan untuk lain:
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam
- 1 ketul kiub ikan bilis
- 3 keping fish cake
- 3-4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 pek bihun
- 1 ikat sayur sawi
- 1 biji tomato
- 1 mangkuk taugeh
- Bahan-bahan untuk taburan:
- Cili merah
- Daun bawang
- Limau nipis
Cara Penyediaan:
- Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
- Potong fishcake, tomato dan isi ayam.
- Sayur sawi asingkan bahagian batang dan daun kemudian potong kecil.
- Hiris nipis cili merah, daun bawang dan limau nipis untuk hiasan.
- Tumbuk bawang yang telah dipotong tadi dengan sedikit udang kering.
- Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar.
- Kacau sekejap hingga cili berubah warna jadi gelap.
- Masukkan isi ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam.
- Masukkan kiub ikan bilis, fishcake, batang sawi, air dan lada sulah.
- Boleh tambah telur (optional).
- Masukkan bihun yang dah direndam.
- Kalau bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut.
- Masukkan daun sawi, tomato dan taugeh (boleh ganti dgn hirisan sayur kobis).
- Boleh tambah kicap atau sos kalau suka.
- Kalau kurang masin boleh tambah dengan garam, kalau masih keras tambah air sikit.
- Hidangkan dengan cili potong, daun bawang dan hirisan limau nipis.
Tip Masakan:
- Jangan masak taugeh lama sangat, sebab kita nak rasa crunchy sikit masa makan.
Rujukan video penyediaan:
Sumber: Che Nom