Adakah anda sering terganggu dengan bau hanyir ikan yang melekat di dapur? Walaupun sudah mencuci berkali-kali, masih gagal menghilangkannya? Anda pasti terkejut dengan kesan luar biasa 10 petua mudah ini yang bakal membuatkan rumah anda segar sentiasa.
Siapakah yang sangka, bahan-bahan di sekeliling kita boleh menyelamatkan hidangan anda? Mari bongkar rahsia yang telah lama disimpan rapi oleh ibu-ibu hebat ini!
Jangan Risau Lagi! 10 Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Dengan Cepat
Memasak di dapur memang tidak dapat dielakkan daripada pelbagai bau. Ada bau yang menyelerakan, namun ada juga yang kurang menyenangkan, terutama ketika mengendalikan bahan mentah seperti ikan, ayam, dan daging lembu.
Bagi sesetengah orang, bau ini biasa sahaja, tetapi bagi yang lain, ia boleh menyebabkan rasa mual atau loya, terutama ketika menyiang dan membersihkan ikan. Walaupun terdapat pelbagai jenis sabun tangan di pasaran, tidak semua mampu menghilangkan bau hanyir yang melekat di tangan. Ini menyebabkan ada yang memilih untuk menggunakan sarung tangan ketika memegang bahan mentah, kerana ia dapat mengelakkan tangan daripada ‘menyerap’ bau tersebut. Namun, tidak semua orang selesa memakai sarung tangan semasa di dapur.
Jadi, apakah cara terbaik untuk menghilangkan bau hanyir di tangan selepas menyiang ikan? Jangan risau, SK akan kongsikan beberapa petua mudah yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini. Berikut merupakan 10 petua menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur, menurut perkongsian Hello Doktor.
10 Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan
1. Sos Tomato
Tuang sos tomato ke atas tangan dan gosok pada seluruh tapak tangan. Biarkan beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
2. Jus Lemon
Campurkan jus lemon dengan sedikit soda bikarbonat supaya menjadi pes. Sapu pes pada tangan dan biarkan selama beberapa minit. Setelah itu, bilas bersih dengan air.
3. Garam
Taburkan garam pada tangan dan gosokkan dengan baik. Selepas itu, bilas tangan sehingga bersih. Pasti tangan anda bebas dari bau hanyir.
4. Hand Sanitizer
Semburkan hand sanitizer pada tangan dan biarkan sehingga kering. Hand sanitizer mampu menghilangkan bau kerana mengandungi alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh membunuh bakteria penyebab bau busuk.
5. Daun Ketumbar
Gosok atau tenyeh sedikit daun ketumbar pada tangan, kemudian bilas selepas bau hanyir hilang.
6. Ubat Gigi
Picit sedikit ubat gigi dan sapu ke seluruh tangan. Setelah itu, bilas sehingga bersih.
7. Serbuk Kopi
Sapu serbuk kopi pada tangan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas tangan dengan air. Pastikan anda menggunakan serbuk kopi yang belum digunakan.
8. Tisu Basah Bayi
Lap tangan menggunakan tisu basah bayi kerana ia mengandungi bahan pewangi yang boleh menghilangkan bau busuk.
9. Cuka
Campurkan cuka dengan garam sebelum menyapu pada tangan. Biarkan selama satu minit sebelum bilas tangan anda dengan air suam.
10. Minyak Zaitun
Tuang sedikit minyak zaitun pada tapak tangan, kemudian gosok sehingga bau hanyir hilang. Minyak zaitun mengandungi sebatian yang boleh memecahkan struktur trimethylamine, iaitu bahan punca bau tersebut.
Dengan perkongsian ini, diharapkan tiada lagi bau kurang enak menghantui anda selepas memasak di dapur. Selamat mencuba!
Sumber: