Tercari-cari resepi cekodok pisang yang gebu dan garing? Percaya tak, tak sampai 15 minit dah siap! Ayuh, jom ketahui rahsia di sebalik resepi cekodok pisang paling mudah dan super sedap ini yang pasti buatkan anda tak sabar nak cuba!
Resepi Cekodok Pisang gebu dan garing, tak sampai 15 minit dah siap!
Siapa sangka, resepi cekodok pisang yang kelihatan biasa-biasa ini boleh menjadi luar biasa bila kena dengan caranya! Hari tu, saya cuba buat cekodok pisang guna resepi lama, tapi hasilnya tak berapa rangup dan cepat lembik. Frust betul! Tapi, setelah guna resepi baru ni yang dijamin 100% berkesan, cekodok pisang saya jadi super rangup di luar, lembut di dalam, tak percaya cuba sendiri — macam yang di jual di gerai makanan popular tu.
Paling best, bahan-bahan pun mudah didapati dan anda tak perlu susah-susah cari. Hanya ambil pisang ranum, gula, garam dan beberapa bahan asas dapur sahaja. Dalam 15 minit, anda akan dapat cekodok pisang yang buat anda teringat-ingat!
Resepi Cekodok Pisang Gebu Garing
- Masa Penyediaan: 10 minit
- Masa Memasak: 5 minit
- Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan
Bahan-bahan:
- 8-10 biji pisang ranum (pisang emas)
- 4-5 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan tepung gandum (tambah atau kurangkan jika perlu)
Cara Penyediaan:
- Lenyek pisang dengan gula dan garam sampai hancur.
- Masukkan baking powder, baking soda, tepung beras dan tepung gandum.
- Kacau sampai sebati.
- Tutup dan rehatkan ½ jam.
- Panaskan minyak.
- Jemput dan goreng cekodok.
- Bila dah perang, boleh tolak cekodok yang melekat pada dasar kuali supaya timbul.
- Kerap balik-balikkan supaya masak dan perang sekata.
- Angkat dan toskan minyak.
Tip Masakan:
- Kalau adunan lembik (bila test drop, adunan jadi cepat rata) tambah sikit lagi tepung gandum, berapa banyak tepung tu ikut jenis pisang yang kita guna, kalau pisang tu ranum, adunan lebih lembut dan berair.
- Sebelum mula goreng celup jari dalam air, supaya mudah untuk jemput adunan.
- Minyak kena banyak, biar tenggelam cekodok.
- Masa jatuhkan adunan, tegakkan jari 90 darjah, baru cekodok berbentuk bulat elok.
- Nak test goreng sebiji dulu pon boleh, kita boleh tau adunan tu cair atau keras sangat. Kalau keras tambah pisang, kalau lembik tambah tepung.
- Masa mula-mula goreng jangan penuh kuali sangat, nanti suhu minyak jatuh, cekodok jadi terpenyek dan tak jadi bulat cantik.
- Api jangan besar sangat, kalau tak cekodok cepat perang, tak garing dan dalam kurang masak.
- Masa angkat kuatkan api untuk elak cekodok serap minyak.
Rujukan video penyediaan:
Resepi Cekodok Pisang Tanpa Serbuk Penaik
- Masa Penyediaan: 30 minit,
- Masa Memasak: 15 minit
- Jumlah Hidangan: 20-30 biji
Bahan-bahan:
- 1 ikat pisang emas
- 1 cawan tepung, anggaran
- 3-4 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Kupas kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian lenyek pisang sehingga halus.
- Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
- Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kalau masih lembik tambah lagi tepung gandum sehingga mendapat kepekatan yang seimbang. Rehatkan adunan selama minimum 15 minit.
- Panaskan minyak supaya betul-betul panas dan kaut adunan cekodok dengan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api.
- Kacau dan balik-balikkan cekodok pisang dengan kerap supaya bahagian luarnya rangup dan bulat bila masak nanti.
- Bila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas tisu.
Tip Masakan:
- Tepung harus ditambah sedikit demi sedikit supaya nanti cekodok pisang tidak menjadi terlalu cair atau terlalu keras. Ini adalah kerana sukatan itu bergantung kepada jenis pisang dan berapa banyak kuantiti pisang yang kita masukkan.
- Adunan cekodok pisang harus seimbang kandungan tepung dan pisangnya. Kalau kurang tepung, cekodok akan serap minyak apabila menggoreng. Anda boleh cuba goreng sebiji dahulu sebagai permulaan untuk pastikan adunan cekedok itu menjadi.
Rujukan video penyediaan:
Sumber: Che Nom