3 Resepi Ayam Percik ala Bazaar Ramadhan yang sedap merecik!

Bayangkan kesegaran rempah dan sajian ayam yang begitu sempurna, seakan setiap gigitan membawa anda kembali ke keserian Bazaar Ramadhan. Ingin tahu bagaimana mencipta keajaiban ini di dapur sendiri?

Sertai kami, dan biarkan resepi Ayam Percik yang sedap merecik ini menggoyang lidah anda. Jom baca resepi di bawah ini.

Resepi Ayam Percik

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

3 Resepi Ayam Percik ala Bazaar Ramadhan yang sedap merecik!

 

Dalam kemeriahan dan gemerlap cahaya bazaar Ramadhan yang sentiasa penuh dengan aroma makanan menggoda, terselit satu hidangan yang menjadi bintang penarik hati ramai orang iaitu Ayam Percik. Resepi Ayam Percik ala Bazaar Ramadhan ini bukan hanya asal-usul dari tradisi warisan Malaysia, tetapi juga mengandungi rahsia keunikan yang selalu membuat setiap suapan penuh dengan kenangan. Mari ikuti kisah resepi ini yang tidak hanya mengenyangkan perut, tetapi juga hati.

 

Resepi Pertama Ayam Percik

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam, dipotong 4

 

  • Bahan untuk kisar halus (perapan):
    • 6 ulas bawang merah
    • 1 batang serai
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 cm halia

 

  • Bahan untuk kuah percik:
    • 3 cawan santan pekat
    • 1 batang serai
    • 2 cm halia
    • 4-5 tangkai cili kering
    • 8-10 ulas bawang merah
    • garam secukup rasa
    • gula secukup rasa
    • sedikit asam jawa

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ayam:
    1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
    2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
    3. Cara- cara untuk kuah:
    4. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
    5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

 

Tip Masakan:
  • Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Ayam Percik

Bahan-bahan:

Bahan perapan:

  • 1 ekor ayam dipotong 4 (guna bahagian dada saja)
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • halia sebesar ibu jari*
  • Garam secukupnya

 

Bahan untuk kuah:

  • 1 cawan santan cair*
  • 4 batang serai*
  • halia besar ibu jari*
  • lengkuas besar ibu jari*
  • 20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
  • 1 cawan air*
  • 5 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
  • 2-3 butir asam keping
  • Santan pekat (masukkan kemudian)

 

Cara Penyediaan:
  • Tumbuk semua bahan perapan bertanda* seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.
  • Kelar sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.
  • Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda *dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali atau periuk masakan anda.
  • Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.
  • Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.
  • 5.Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.
  • Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.
  • Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Boleh bakar dalam oven, panggang atas api atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.
  • Sedia dihidangkan.

 

Resepi Ketiga Ayam Percik

Bahan-bahan:
  • Ayam (cuci bersih)
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Garam dan gula secukupnya

 

Cara penyediaan:
  1. Mula-mula kisar bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup dan serai. Ketepikan.
  2. Kemudian kisar halus jintan manis dan ketumbar pula.
  3. Panaskan kuali (tanpa minyak).
  4. Masukkan bahan-bahan dan tumis. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga separuh masak. Padamkan api.
  6. Letakkan ayam atas stand stand dan renjiskan oluve oil. Guna minyak masak pun boleh.
  7. Bakar dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 15 minit atau sampai masak. Boleh tambah masa jika ayam belum masak.
  8. Kalau guna oven, bakar pada suhu 180℃ selama 20 minit.

 

Bahan untuk kuah:
  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Sos cili
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • 1 sudu besar tepung jagung

 

Cara penyediaan:
  1. Kisar cili kering dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis. Masukkan air sedikit dan kacau.
  4. Reneh sampai cili masak.
  5. Seterusnya masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  6. Kacau sehingga kuah pekat.
  7. Boleh rasa, dan pastikan garam dan gula cukup berasa.
  8. Kalau ada biji bijan, boleh masukkan sekali dalam kuah. Dah masak, tutup api.
Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

 

Leave a Comment