Cuba Resepi Roti Bom Viral Ini! Pasti Anda Teruja!

Bayangkan aroma roti bom yang sedap, teksturnya yang lembut seolah-olah sedang memeluk lidah dan jiwa anda. Dengan panduan langkah demi langkah kami, bukan sahaja anda akan mempelajari cara membuat roti bom yang sempurna tetapi juga akan menemukan rahsia kelembutan yang membuat semua orang terpikat.

Ikuti kami pelajari resepi ini untuk mengubah dapur anda menjadi pusat tarikan roti bom yang tidak tertandingi.

Resepi Roti Bom

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Cuba Resepi Roti Bom Viral Ini! Pasti Anda Teruja!

 

Bayangkan aroma mentega yang mencair, meresap ke setiap lapisan roti yang lembut dan rangup, seakan memanggil-manggil anda untuk menikmatinya. Itulah pesona Roti Bom, hidangan ikonik yang tak hanya memanjakan lidah, tapi juga menghangatkan jiwa. Dalam setiap gigitan, terdapat keajaiban rasa yang sulit untuk ditolak.

Mari bersama-sama menemukan rahsia di balik kelazatan Roti Bom yang akan membuat setiap saat menjadi lebih istimewa.

 

Resepi Pertama Roti Bom

Bahan-bahan (15 Biji Roti):
  • 1/2kg tepung gandum cap sauh
  • 1 biji kuning telur
  • 250ml air
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan marjerin planta – dicairkan
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • Marjerin untuk sapu pada doh secukupnya

 

Cara Penyediaan:
  • Satukan air, kuning telur, susu pekat dan garam di dalam bekas. Adun sampai sebati.
  • Kemudian masukkan separuh daripada tepung. Gaul.
  • Masukkan marjerin planta yang telah dicairkan. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
  • Seterusnya masukkan lebihan tepung dan uli sehingga doh menjadi kenyal dan licin. Jika doh lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit hingga dapat tesktur doh yang diingini. (Uli doh selama hampir 1 jam. Jika nak mudah, boleh uli guna bread maker
  • Bulatkan doh, lumurkan marjerin dan susun dalam bekas.

  • Peram doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dicanaikan.

  • Untuk menikmatinya, panaskan kuali dan goreng hingga garing dan keperangan.

  • Roti Bom siap untuk dinikmati bersama Sambal Sardin, kari atau kuah dhal.

 

Resepi Kedua Roti Bom

Bahan-bahan:
  • 250gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 112ml air suam
  • 45ml minyak masak
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1/4 haram halus
  • Sedikit marjerin/ minyak untuk menguli dan oles.

 

Cara Penyediaan:
  1. Dalam mangkuk adunan masukkan air, minyak masak dan telur, adun rata menggunakan wisker atau spatula.
  2. Masukkan bahan kering, tepung dan susu tepung, uli hingga rata. Dan tidak melekat di tangan.
  3. Bulat-bulatkan mengadi 6 bahagian dan bulat-bulatkan.
  4. Oleskan adunan yang telah dibulatkan dengan mentega, kemudian letakkan atas loyang yang telah disapukan minyak.
  5. Tutup dengan plastik wrap loyang, biarkan selama 1 jam atau lebih.
  6. Selepas 1 jam, sapukan papan pencanai dengan minyak dan canai dengan menekan-nekan menggunakan hujung jari yang telah disapu dengan mentega hingga nipis.
  7. Kemudian gulung kedua-dua belah hujung dan bertemu di tengah dan bulatkan bentuknya, lakukan hingga habis.
  8. Panaskan kuali dengan sapukan sedikit minyak atau mentega. Leperkan adunan tadi lebih kurang 0.5cm.
  9. Goreng atas api perlahan, dan balik-balikkan hingga mendapat hasil roti yang keperangan, garing diluar dan lembut di dalam. Lakukan hingga habis.
  10. Roti Bom sedia dihidangkan dengan kuah pilihan anda.

 

Resepi Sambal Ikan Bilis (Sebagai Pencicah)

Bahan-bahan:
  • 3 genggam ikan bilis siap kopek
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh rata garam (jika kurang rasa baru tambah kerana ikan bilis sudah masin)
  • 1 sudu teh bahan perasa
  • 1 cawan air
  • 1 biji bawang potong bulat

 

Bahan Kisar Halus:
  • 20 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan minyak masak

 

Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  • Seterusnya dalam kuali berasingan, masukkan bahan kisar. Tidak perlu tambah minyak kerana bahan kisar sudah mengandungi minyak.
  • Masukkan pula gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Tumis hingga sambal betul-betul garing dan berubah warna.
  • Masukkan air. Sebatikan dan bila sambal mula mendidih ganas dan kuah mula pekat, masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. Kacau sekejap sahaja.
  • Sesuaikan rasa mengikut selera dan terus tutup api. Sambal Bilis Simple siap untuk dihidangkan.
Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment