Puding Roti Kastard: Resepi mudah dan sedap yang tak pernah gagal!

Terbayang kelazatan Puding Roti Kastard yang sempurna? Pelajari resepi mudah yang dijamin takkan pernah gagal ini, jaminan kepuasan atas setiap suapan!

Resepi Puding Roti Kastard

Puding Roti Kastard: Resepi mudah dan sedap yang tak pernah gagal!

 

Selalu dengar tentang Puding Roti Kastard tapi tak pernah terfikir untuk membuatnya sendiri. Saya kira, apa yang istimewa sangat tentang puding roti? Tetapi, hari itu, semuanya berubah. Dengan rasa ingin tahu, saya memutuskan untuk mengikuti resepi baru yang didakwa mampu mengubah pandangan saya selama ini.

Selepas mengikuti setiap langkah dengan teliti, apa yang keluar dari dapur saya bukan hanya sebuah puding roti biasa. Kuah kastard yang lembut, manis, dan kaya meresap ke dalam setiap lapisan roti, menjadikannya suatu pengalaman makan yang benar-benar luar biasa. Saya berdiri di dapur, sepinggan Puding Roti Kastard di tangan, rasa bangga menyelubungi diri, saya telah mencipta sesuatu yang sama hebatnya dengan yang dihidangkan di kafe-kafe mahal! Tidak percaya? Cubalah sendiri!

 

Resepi Pertama Puding Roti Kastard

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 45-50 minit
  • Jumlah Hidangan: 9x7x3 inci / 8×8 inci

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan puding roti:
    • 8 keping roti
    • 4 sudu besar mentega
    • ¼ cawan kismis
    • 2 cawan susu full cream
    • ½ cawan gula
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • ¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
    • Secubit garam
    • 3 biji telur
    • Gula perang secukupnya

 

  • Bahan-bahan sos kastard:
    • 1 tin susu cair
    • 2 sudu besar tepung kastard
    • 1 cawan air
    • 4 sudu besar gula
    • Secubit garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk puding roti:
    1. Potong roti 8 bahagian.
    2. Sapu atau gris mentega/majerin pada dulang pembakar.
    3. Susun potongan roti didalam dulang pembakar.
    4. Dalam bekas lain, masukkan susu full cream bersama gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, secubit garam dan telur. Kacau sebati semua bahan.
    5. Panaskan mentega sehingga cair, lalu tuang mentega diatas roti.
    6. Taburkan kismis dan tuang adunan susu kedalam roti. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan.
    7. Rehatkan lebih kurang 5-10 minit.
    8. Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, lalu bakar dengan suhu 170˚C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.

 

  • Cara-cara untuk sos kastard:
    1. Masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam. Kacau bahan sehingga larut sepenuhnya.
    2. Setelah larut, masukkan air dan panaskan adunan sos kastard. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata.

 

  • Cara-cara untuk puding roti & sos kastard:
    1. Sesudah siap dibakar, sapu dengan mentega cair pada permukaan roti yang masih suam-suam panas.
    2. Potong puding roti dan hidangkan bersama sos kastard.

 

Tip Masakan:
  • Selain hiasan taburan kismis pada puding roti, boleh juga tambahkan coklat cip ataupun kekacang seperti badam dan hazelnut.
  • Bagi memastikan sos kastard sudah masak dan pekat adalah dengan lorek menggunakan hujung jari pada permukaan senduk. Sos yang sudah pekat akan tinggal bekas lorekkan pada permukaan senduk berbanding dengan sos kastard yang masih cair.

 

Rujukan Video Penyediaan:

 

Resepi Kedua Puding Roti Kastard

 

Bahan-bahan:
  • 8 keping roti gandum
  • Sedikit mentega
  • Sedikit kismis
  • 2 biji telur ayam
  • 2 cawan susu segar
  • ½ cawan gula halus + gula perang
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanila

 

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selsius. Bakar roti gandum sebentar untuk mendapatkan tekstur roti yang lebih padat dan sedap.
2. Ambil loyang dan lenserkan dengan mentega. Roti dipotong-potong kecil. Roti boleh dipotong empat, segitiga ataupun sekadar dikoyak-koyakkan.
3. Susun roti di dalam loyang. Taburkan kismis sehingga roti habis. Sapukan mentega di atas lapisan yang atas sekali. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk lain, pukul telur ayam kemudian masukkan susu segar diikuti gula, garam dan esen vanila. Kacau gunakan whisk sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan susu segar ini ke atas roti dan tekan-tekan perlahan supaya adunan tadi meresap ke dalam roti. Biarkan seketika dalam tempoh 15 minit
6. Masukkan roti tadi ke dalam oven dan bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 40 minit atau sehingga roti masak. Bergantung pada oven masing-masing dan juga ketebalan/ketinggian adunan.
7. Selepas siap dibakar, tunggu sejuk barulah dipotong. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sos kastard.

 

Sos Kastard

Bahan-bahan:
  • 1 cawan susu segar (atau 1/2 cawan susu sejat + 1/2 cawan air)
  • 1 sudu besar penuh gula kastor
  • 1 sudu besar penuh tepung kastard
  • ½ sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan untuk sos kastard kecuali esen vanila. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga mendidih. Masukkan esen vanila.
3. Kacau sekejap dan matikan api. Biar sehingga sos kastard hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Nanti nak makan tuangkan sos kastard ini di atas puding roti tadi.

Sumber:

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment