Resepi Cheesekut Viral: Cara No Bake yang semestinya lazat & mudah dibuat!

Isi Kandungan Resepi Cheesekut Viral: Cara No Bake yang semestinya lazat & mudah dibuat! Resepi Cheesekut Bahan-bahan: Cara Penyediaan: RUJUK RESEPI LAIN: Tak percaya Cheesekut boleh dibuat tanpa bakar? Ikuti resepi viral Ini, mudah dan …

Resepi Cheesekut

Tak percaya Cheesekut boleh dibuat tanpa bakar? Ikuti resepi viral Ini, mudah dan pasti membangkitkan selera!

Resepi Cheesekut

Resepi Cheesekut Viral: Cara No Bake yang semestinya lazat & mudah dibuat!

 

Minggu lepas, saya cuba buat cheesekut guna resepi lama saya, hasilnya? Meh, macam makan kek cawan biasa je. Tapi, bila saya terjumpa resepi cheesekut viral ini, segalanya berubah! Dengan hanya beberapa langkah mudah dan bahan yang tak disangka, cheesekut yang saya buat tak hanya menakjubkan, malah rasanya boleh tandingi yang dijual di kedai-kedai terkenal! Memang tak rugi langsung mencuba resepi ajaib ini.

 

Resepi Cheesekut

Bahan-bahan:
  • 500gm krim keju (cream cheese)
  • 110gm gula ising
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 190gm krim putar tenusu (dairy whipping cream)
  • 16 keping biskut crackers atau apa sahaja jenis biskut petak. Kalau nak tebal lagi boleh lebihkan biskut
  • Susu coklat / susu full cream
  • Milo
  • Serbuk koko

 

Cara Penyediaan:

1. Putar krim keju selama 2-3 minit. Pastikan krim keju sudah pun berada pada suhu bilik.

2. Masukkan gula ising dan esen vanilla. Sambung putar sampai semuanya sebati. Ketepikan seketika.

3. Dalam bekas yang berlainan, pukul krim putar sehingga kental.

4. Kemudian kaup balik krim putar tadi dengan krim keju. Kaup hingga sebati kemudian ketepikan seketika.

5. Ambil mangkuk kecil. Masukkan susu coklat atau susu full cream. Lebih sedap jika guna susu coklat.

6. Sebagai asas kek ini, letakkan lapisan pertama biskut TANPA CELUP KE DALAM SUSU. Guna loyang empat segi bersaiz 6 inci. Jadi ia akan muat untuk 4 keping biskut untuk setiap lapisan. Ia bertujuan untuk menjadikan lapisan asas kukuh.

7. Masukkan adunan krim keju yang telah dikaup dengan whipping cream tadi. Jumlahnya terpulang pada cita rasa. Kemudian tabur milo.

8. Ulang langkah dengan mencelup biskut ke dalam susu dan lapiskan dengan krim keju serta taburkan dengan milo. Ulang hingga habis adunan.

9. Simpan Cheesekut dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.

10. Setelah di setkan semalaman, tanggal kek dari loyang kemudian tabur serbuk koko. Jika nak tabur milo atau topping lain pun boleh.

11. Cheesekut siap untuk dinikmati. Perasanya boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing.

TIP MASAKAN: Kalau tak nak kek ini tinggi sangat, satu adunan ini boleh dubahagikan kepada dua tetapi kena pakai loyang 5 inci. Nak pakai 6 inci boleh tapi Cheesekut akan jadi sedikit nipis.

Sumber: 

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment