Resepi Sambal Goreng Jawa Asli yang confirm sedap, anda pasti tergila-gila!

Adakah anda pernah terfikir bagaimana nak buat Sambal Goreng Jawa yang betul-betul memukau dan sedap? Resepi yang kami kongsikan ini bakal membuat anda tergila-gila dan berulang kali mahu mencubanya!

Sambal Goreng Jawa

Resepi Sambal Goreng Jawa Asli yang confirm sedap, anda pasti tergila-gila!

 

Hari tu saya cuba buat Sambal Goreng Jawa, tetapi rasanya tak macam yang saya harapkan. Macam ada yang kurang je. Namun, setelah menggunakan resepi ini, hasilnya memang luar biasa!

Saya kali pertama cuba, tapi hasilnya terus jadi sedap tak ingat dunia! Semua bahan mudah didapati dan cara penyediaannya tak rumit langsung. Keluarga pun terus jatuh cinta dengan sambal versi saya ni. Tak sia-sia mencuba resepi baru yang confirm menjadi ni. Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri resepi di bawah ini.

 

Resepi Sambal Goreng Jawa

 

Bahan-bahan:
  • 2 paket tempe (dihiris nipis dan goreng garing)
  • 3-4 ketul tauhu (potong 6 dan goreng garing)
  • 3-4 biji kentang (potong kecil dan goreng garing)
  • 2 paket suhun (direndam dalam air sehingga kembang)
  • 1 keping fucuk (dipotong kecil agar senang dimakan)
  • 6 batang kacang panjang (potong serong)
  • 3 sudu besar ikan bilis (goreng garing)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kicap manis secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cawan air
  • 2 senduk minyak masak (untuk ditumis)
  • ajinomoto secukupnya

 

Bahan Tumis
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 10 tangkai cili kering (dipotong nipis menyerong)

Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris nipis sehingga naik bau.
  • Tumis sehingga bahan menjadi agak garing lalu masukkan air asam jawa, gula, ajinomoto dan sedikit garam.
  • Tambahkan kicap manis dan masukkan suhun dan fucuk bersama sedikit air.
  • Kemudian, baru masukkan kacang panjang dan kacau seketika.
  • Akhir sekali , masukkan semua bahan lain yang sudah siap digoreng tadi dan kacau agar sebati.
  • Siap untuk dihidangkan bersama makanan lain.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber:

 

Baca Resepi Lain:

Leave a Comment