Pastikan permohonan Bantuan Sara Hidup RM1200 anda diterima! Ikuti panduan lengkap dan tips berkesan untuk rakyat malaysia yang memerlukan.
Anda layak terima Bantuan Sara Hidup RM1200 – Mohon disini
Pengenalan Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)
Dalam Belanjawan 2024, Bantuan SARA diperluaskan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Setiap penerima akan mendapat RM100 sebulan selama 12 bulan menggunakan MyKad.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai tahun 2024, semua penerima STR akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini berbeza dengan tahun 2023, di mana hanya kategori miskin tegar yang layak.
Program SARA ini telah ditambah baik oleh kerajaan dan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 22 Januari 2024.
Dengan penambahbaikan ini, kerajaan berharap dapat meringankan beban kos hidup golongan memerlukan dan memastikan bantuan sampai kepada lebih ramai rakyat.
Syarat Kelayakan
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Perincian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Program SARA 2024 akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 22 Januari, dengan tujuan mengangkat taraf ekonomi golongan rentan serta menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi asas kepada kerangka Ekonomi Madani.
Mekanisme Pelaksanaan
Di bawah program ini, penerima yang layak dapat membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan penerima dalam memperoleh barangan keperluan harian tanpa melibatkan transaksi tunai.
Kriteria Kelayakan
Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berdasarkan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu sumber rujukan yang digunakan oleh kementerian dan agensi kerajaan untuk menyalurkan bantuan.
Jumlah dan Tempoh Bantuan
Setiap penerima bantuan SARA akan menerima RM100 atau RM50 setiap bulan melalui pembelian tanpa tunai untuk tempoh 12 bulan.
Untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran berjumlah RM600 atau RM300 akan disalurkan dua kali setahun.
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024)
Dalam usaha untuk terus membantu golongan kurang berkemampuan, dua kategori baharu telah diperkenalkan dalam program Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024), iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Penerima yang layak akan merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih.
Kadar bantuan bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan telah ditingkatkan kepada RM1,200, berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, bantuan untuk kategori Bujang kekal pada kadar RM600.
Nota Penting:
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta golongan yang bukan dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar berdasarkan data eKasih juga layak menerima bantuan SARA 2024 seperti berikut:
- Penerima STR bagi kategori Isi Rumah serta yang bukan dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak menerima RM300 setahun.
- Penerima STR bagi kategori Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta yang bukan dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak menerima RM150 setahun.
Pelaksanaan bantuan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
Semakan Kelayakan
Bagi yang belum tahu cara untuk membuat semakan, status kelayakan ini akan dipaparkan dalam laman web STR, seperti tangkap layar di bawah:
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2024.
- Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Bagi yang menerima paparan jumlah yang layak RM1200, anda akan menerima kredit RM100 sebulan melalui MyKasih.
- Penerima yang menerima bayaran secara bulanan ini merupakan penerima di Semenanjung Malaysia.
- Semakan juga boleh dibuat melalui laman web MyKasih.
- Pautan semakan pantas: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Tarikh Bayaran
I) PENERIMA SEMENANJUNG
Bagi penerima Semenanjung, anda akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
Kategori STR (Miskin dan Miskin Tegar) | Kategori STR (Miskin dan Miskin Tegar) | |
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
Januari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Februari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mac 2024 | RM 100 | RM 50 |
April 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mei 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jun 2024 | RM 100 | RM 50 |
Julai 2024 | RM 100 | RM 50 |
Ogos 2024 | RM 100 | RM 50 |
September 2024 | RM 100 | RM 50 |
Oktober 2024 | RM 100 | RM 50 |
November 2024 | RM 100 | RM 50 |
Disember 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jumlah | RM 1200 | RM 600 |
II) PENERIMA SABAH / SARAWAK
Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web MyKasih (https://mykasih.com.my/)atau Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.