CARA DAFTAR MYKASIH 2024 : ISI PERMOHONAN SEKARANG

Melalui MyKasih Foundation banyak bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang merupakan golongan memerlukan khususnya golongan B40 & M40.

Bagaimanakah cara mendaftar bantuan mykasih? Sila ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

KADAR BANTUAN MYKASIH

Kerajaan mengagihkan bantuan di bawah bantuan MyKasih, yang melalui Sumbangan Asas Rahmah, berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh setiap kelayakan penerima, seperti berikut :

  • Penerima Miskin Tegar :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibubapa tunggal yang
mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas tiada pasanganRM1,200
BujangRM600
Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0
  • Penerima Miskin e-Kasih :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibubapa tunggal yang
mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas tiada pasanganRM1,200
BujangRM600
  • Penerima Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibubapa tunggal yang
mempunyai anak.
RM300
Warga Emas tiada pasanganRM150
BujangRM150

mykasih 2024

KELAYAKAN MOHON MYKASIH 2024

Berikut adalah syarat kelayakan penerima Bantuan Mykasih :

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi Kategori Keluarga Tanpa Pasangan dan Warga Emas
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pejabat Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MOHON MYKASIH 2024

Untuk menerima bantuan MyKasih, pemohon perlu mendaftar dengan Bantuan Subangan Tunai Rahmah (STR), atau jika pendapatan mereka rendah, pemohon boleh mendaftar dengan e-Kasih. Berikut ialah cara mendaftar STR:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

TALIAN PENDAFTARAN MYKASIH 2024

Sekiranya pemohon memenuhi syarat (miskin/terlalu miskin), pemohon boleh mendaftar untuk e-Kasih seperti berikut:

  1. Sila hadirkan diri anda ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN MYKASIH

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut:

PENAFIAN

Kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri untuk tujuan perkongsian dan memudahkan pencarian pelawat. Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat pelawat, dan kami juga tidak mengenakan bayaran untuk maklumat yang dikongsi ini.

Tujuan penulisan artikel ini adalah semata-mata untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat terkini tentang bantuan. Artikel ini merujuk kepada: https://www.mykasih.com.my/

Leave a Comment