Pakaian rasmi atlet Paralimpik ke Paris yang menonjolkan warna Jalur Gemilang mendapat pujian ramai!

Pakaian rasmi atlet Paralimpik ke Paris yang menonjolkan warna Jalur Gemilang mendapat pujian ramai! Ketahui banyak lagi info-info terkini seperti bantuan, info semasa, kesihatan, resepi masakan, semuanya di portal waktu.ai!

 

Baca juga : Eksklusif: Pakaian Rasmi Baharu Kontinjen Malaysia di Olimpik Paris 2024!

 

Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik ke Paris

 

ATLET PARALIMPIK

 

Bersempena dengan kemasukan ke Sukan Paralimpik di Paris yang bakal berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September ini, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) memperkenalkan pakaian rasmi bagi para atlet semalam. 

 

Pengenalan pakaian ini turut berlangsung sempena pelancaran 50 Days Countdown Paris 2024 Paralympic Games oleh Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

 

ATLET PARALIMPIK

Kredit: X Majlis Paralimpik Malaysia

 

Megat turut mengumumkan pemberian sebuah kerusi urut dan beberapa barangan lain, serta ganjaran hadiah wang tunai kepada pemenang pingat di Paris nanti, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

 

Di laman rasmi X MPM, atlet-atlet kelihatan segak bergaya mengenakan pakaian leisure serba putih yang dihiasi dengan celoreng merah, biru, dan kuning. MPM turut memuat naik video pakaian penuh yang mendapat pelbagai pujian dari warga maya, sambil mengumumkan, 

 

“Penantian telah tamat! Baru dilancarkan, kami teruja untuk mempamerkan Pakaian Rasmi ke Sukan Paralimpik Paris 2024. 

 

“Bersedia untuk tampil menonjol dan tunjukkan sokongan anda dengan bergaya,” kata MPM.

 

Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Bertaraf Antarabangsa

 

Pengguna media sosial membanjiri video pakaian rasmi tersebut dengan pujian dan sokongan yang padu kepada para atlet.

 

ATLET PARALIMPIK

Kredit: X Majlis Paralimpik Malaysia

 

“Baru la international punya level. Cantik gila,” puji warga maya.

 

“Design padu,” ujar salah seorang pengguna media sosial.

 

“Wah barulah sedap mata memandang,” puji seorang lagi.

 

“Menggunakan warna Jalur Gemilang, this design nampak lebih vibrant dan segar,” ulas seorang lagi pengguna media sosial.

 

“Cantiknya baju atlet paralimpik kita, semoga mereka dapat bawa pulang emas untuk Malaysia. Semoga berjaya,” kata seorang pengguna yang turut teruja.

 

Bukan setakat memuji, malah ramai juga warga maya yang  berminat untuk membeli set pakaian tersebut.

 

Baca juga : Harga Emas 916 Hari Ini – Ketahui Bila Masa Terbaik untuk Membeli!

 

Tidak hanya sekadar memuji, ramai juga yang berminat untuk membeli pakaian tersebut. Sokongan yang terus dilontarkan oleh pengguna media sosial menunjukkan penghargaan terhadap keputusan pengurusan atlet Paralimpik dalam rekaan pakaian rasmi ini. Teruskan semangat, atlet-atlet kita! Semoga berjaya.

 

Sumber: Siakap Keli, X Majlis Paralimpik Malaysia, BERNAMA

Leave a Comment