Resepi Roti Jala lembut rahsia Tok Wan dan Kari Ayam paling sempoi!

Isi Kandungan Resepi Roti Jala lembut rahsia Tok Wan dan Kari Ayam paling sempoi! Roti Jala Lembut Dan Kari Ayam Berkerisik Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip: Roti Jala Bahan-bahan: Cara Penyediaan: RUJUK RESEPI LAIN: Adakah anda …

Roti Jala Kari Ayam

Adakah anda sudah bosan dengan resipi roti jala yang tidak menepati cita rasa? Ingin tahu rahsia Roti Jala Lembut Tok Wan yang membuatkan semua orang teruja setiap kali mencubanya?

Apa kata anda ikuti jejak langkah kami dan bongkar rahsia kari ayam yang paling sedap sehingga jilat jari! Anda pasti tak akan kecewa.

Roti Jala Kari Ayam

Resepi Roti Jala lembut rahsia Tok Wan dan Kari Ayam paling sempoi!

 

Bila kami cuba resepi roti jala ini, memang tak sangka! Hari tu pernah cuba buat roti jala, tapi rasa agak keras dan tak gebu. Tapi, lepas guna resepi baru ini, hasilnya memang luar biasa. Roti jala jadi lembut, gebu, dan cair di mulut! Serius, rasa dia sama macam makan kat kedai mamak kegemaran kita tu. Dan kari ayam berkerisik ni, aduh rasa dia padu habis! Lengkap dengan rempah-ratus yang membangkitkan selera, setiap suapan rasa macam makan di restoran lima bintang!

Kalau anda dah lama mencari resepi roti jala yang sempurna, ini dia! Jangan tunggu lagi, cubalah resepi ni. Anda pasti kagum dengan hasilnya. Yang bestnya, tak perlu pening kepala, bahan-bahan dan cara membuatnya pun mudah. Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan keluarga, confirm dorang pun akan teruja!

 

Roti Jala Lembut Dan Kari Ayam Berkerisik

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

Bahan-bahan:

Kari Ayam:

 

  • Bahan-bahan lain:
    • ½ cawan minyak masak
    • 1 tangkai daun kari
    • 3 sudu besar rempah kari daging
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • sedikit air
    • ½ – 1 ekor ayam saiz sederhana
    • ½ – 1 batang lobak merah
    • 2-3 cawan santan cair
    • 2 biji kentang
    • 2-3 sudu besar jus asam jawa
    • 1 cawan santan pekat
    • garam secukup rasa

 

Roti Jala:

    • 3 cawan tepung gandum
    • 3½ cawan santan cair
    • 1 biji telur
    • 3 sudu besar penuh majerin atau ¼ cawan majerin cair
    • 1 sudu kecil garam
    • ¾ sudu kecil serbuk kunyit
    • **** kalau guna santan kotak, cairkan 1 kotak kecil dengan air supaya menjadi 3½ cawan santan cair

 

Cara Penyediaan:

Kari Ayam:

    1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
    2. Kemudian tumbuk hancur bahan-bahan tadi (nak cincang halus pon boleh).
    3. Carrot potong dadu.
    4. Potong kentang ikut cita rasa anda.
    5. Bancuh rempah kari daging, serbuk cili dan air.
    6. Panaskan minyak.
    7. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
    8. Masukkan rempah 4 sekawan, daun kari, bancuhan rempah dan air (air dari bekas bancuhan rempah dan lesung batu).
    9. Masak sehingga rempah kering kemudian tambah air.
    10. Ulang 3-4 kali.
    11. Bila rempah dah masak, masukkan ayam.
    12. Masukkan carrot dan tutup sekejap supaya masak sedikit.
    13. Kemudian masuk air asam jawa secukupnya.
    14. Masukkan pula kentang dan santan cair (santan perahan kedua)
    15. (kalau guna santan kotak, masukkan air putih je utk step ni).
    16. Teruskan masak sehingga kentang empuk.
    17. Masukkan santan pekat (untuk yang guna santan kotak boleh masukkan sekarang)
    18. Tambah sedikit air mengikut kepekatan kuah.
    19. Kemudian masukkan garam.
    20. Renehkan sehingga semua masak sebati.

 

Roti jala:

    1. Masukkan bahan- bahan kedalam blander dimulakan dengan santan cair.
    2. Diikuti dengan tepung gandum, garam, serbuk kunyit, telur dan mentega cair.
    3. Kisar sampai halus.
    4. Tapis adunan.
    5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak (ratakan dengan tisu).
    6. Masukan adunan dalam acuan.
    7. Kemudian tirai roti jala sampai habis adunan.
    8. Gulung roti jala.
    9. Hidang dengan kari ayam.

 

Tip:
  • Masukkan dulu santan cair kedalam blander supaya tepung tak berketul-ketul dan melekat dekat bawah blander.

 

Roti Jala

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 15

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur.
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair/ santan sederhana pekat
  • 6 sudu besar/ 1/2 cawan mentega cair
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

 

Cara Penyediaan:
  1. Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu
  2. Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di dalam gambar

 

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment