Cara Daftar SSM Percuma untuk B40 dan M40 – Mohon disini sekarang!

Anda Golongan B40/M40 atau Pelajar Sepenuh Masa Tapi Mahu Berniaga? Ini Cara Daftar SSM PERCUMA!

Hari tu saya fikir nak daftar perniagaan ni mesti mahal dan susah, tapi lepas jumpa Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ni, saya tak sangka boleh buat secara percuma! Tak perlu bayar satu sen pun, pendaftaran pun senang — sama macam yang usahawan berjaya buat! Tak sia-sia cuba skim ni, memang berbaloi. Kalau anda usahawan B40 atau pelajar IPT, jangan lepaskan peluang ni, anda pun boleh dapat manfaat yang sama!

Baca Juga : Panduan Mudah Semak Keputusan PSPM secara Online

Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin ?

ssm percuma

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Inisiatif daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ini menyediakan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada usahawan daripada kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Melalui skim ini, pemohon yang layak akan mendapat pengecualian fi berikut:

BilPerkaraPengecualian Fi
1Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalanRM30
2Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (dengan rakan kongsi yang layak) menggunakan nama tredRM60
3Cetakan maklumatRM10

Kelayakan Daftar SSM Percuma SPPP

Kategori Usahawan Golongan B40

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Berumur 18 tahun ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) untuk Golongan B40 (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my).
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Kategori Pelajar IPT

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Warganegara berumur 18 tahun ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Belajar secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej, Institut Kemahiran atau Pusat Kemahiran dalam negara.
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Cara Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40 dan Pelajar

Pemohon yang layak boleh membuat permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari pautan untuk pendaftaran kali pertama sebagai pengguna EzBiz melalui www.ezbiz.ssm.com.my.
  2. Untuk pengaktifan ID EzBiz, gunakan cara berikut: login portal EzBiz > user profile > user verification request > add new.
  3. Lampirkan dokumen seperti yang diminta.
  4. Untuk mendaftarkan perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan:
    • Nama sendiri sebagai nama perniagaan (contoh: ALI BIN ABU menggunakan nama seperti di MyKad/MyPR) — Fi pendaftaran RM30, Maklumat Perniagaan RM10.
    • Nama tred sebagai nama perniagaan (contoh: ALI MAJU BOUTIQUE) — Fi pendaftaran RM60, Maklumat Perniagaan RM10.

Maklumat dan dokumen yang diperlukan:

  1. Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
    • Nama perniagaan
    • Tarikh permulaan perniagaan
    • Alamat utama perniagaan
    • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    • Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    • Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    • Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Media Sosial SSM:

Baca Juga : Info Terkini STR Fasa 3: Kategori B40 dan M40

Leave a Comment