Ini Senarai Penerima Bantuan Barang Dapur B40 2024 – Semak nama disini!

Isi Kandungan Kategori Penerima Bantuan Barang Dapur B40 2024 Jumlah Bantuan Barangan Dapur B40 2024 Senarai Barangan Dapur yang Diluluskan Bagaimana Untuk Mendapatkan Bantuan Barang Dapur Senarai Penerima Bantuan Barangan Dapur B40 2024 Maklumat Lanjut …

bantuan barang dapur

Adakah anda daripada golongan B40 yang layak terima Bantuan Barang Dapur bernilai sehingga RM1,200 setiap tahun? Baca bagaimana anda boleh memperoleh bantuan ini dan senarai barangan yang diluluskan melalui panduan lengkap ini. Klik untuk menyemak kelayakan anda dan dapatkan informasi penuh sekarang!

Dalam menghadapi kenaikan harga bekalan dapur yang kian meningkat, Kerajaan Malaysia telah melancarkan bantuan khas bagi golongan berpendapatan rendah (B40) melalui inisiatif bantuan barangan dapur. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup bagi golongan B40 dan para penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

Baca juga : Panduan Lengkap Kemaskini STR

bantuan barang dapur

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Kategori Penerima Bantuan Barang Dapur B40 2024

Terdapat tiga (3) kategori penerima yang layak mendapat bantuan barangan dapur:

  1. Isi Rumah:
    • Keluarga atau ibu bapa tunggal dengan anak.
  2. Warga Emas:
    • Individu warga emas tanpa pasangan (bujang) dan tanpa anak.
  3. Bujang:
    • Individu bujang berpendapatan rendah atau bujang kurang upaya.

Jumlah Bantuan Barangan Dapur B40 2024

Bantuan barangan dapur disediakan mengikut kategori penerima seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah:
    Menerima sehingga RM1,200 setahun (RM100 sebulan selama 12 bulan).
  • Kategori Warga Emas:
    Menerima sehingga RM1,200 setahun (RM100 sebulan selama 12 bulan).
  • Kategori Bujang:
    Menerima sehingga RM600 setahun (RM50 sebulan selama 12 bulan).

Senarai Barangan Dapur yang Diluluskan

Berikut ialah senarai barangan dapur yang diluluskan untuk penerima bantuan:

  • Beras: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza, Cap Rambutan.
  • Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
  • Telur: Nutriplus, QL Egg, CP.
  • Minyak Masak: Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh, Pisau, Vesawit.
  • Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey.
  • Biskut: Julies, Tiger, Munchys, Chipsmore, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng.
  • Mee Segera: Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan, Mee Sedap.
  • Minuman: Teh Boh, Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold, Quaker, Fernleaf.
  • Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, Yoes, Adabi, Kimball, TC Boy, King Cup.
  • Perencah: Sos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap Kipas Udang, Tamin, Maggi, Faiza, Planta.

Nota: Pembelian terhad kepada barangan penting dalam 10 kategori yang diluluskan. Pembelian barangan selain daripada yang disenaraikan dan pembelian yang melebihi baki semasa pada kad pengenalan mesti dibayar oleh penerima.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Bantuan Barang Dapur

Berikut adalah cara untuk menerima bantuan barangan dapur:

  1. Pengkreditan Bantuan: Bantuan akan dimasukkan ke dalam kad pengenalan penerima tanpa wang tunai.
  2. Kedai Terpilih: Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (lihat senarai kedai berhampiran anda di sini).
  3. Pemilihan Barangan: Pilih barangan dapur anda berdasarkan 10 kategori produk dengan tag MyKasih pada rak tanda harga.
  4. Pengesahan MyKad: Kemukakan MyKad untuk mengesahkan anda penerima bantuan.
  5. Imbasan Barangan: Juruwang akan mengimbas setiap item untuk pembelian berdasarkan kategori yang diluluskan.
  6. Pembayaran Tanpa Tunai: Masukkan PIN 6 digit untuk mengesahkan pembelian.
  7. Simpan Resit: Simpan resit untuk menyemak baki anda.

Senarai Penerima Bantuan Barangan Dapur B40 2024

Untuk menyemak status penerima Bantuan Dapur, sila layari laman semakan rasmi melalui pautan ini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

  1. Anda akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
  2. Masukkan nombor MyKad anda dengan betul tanpa simbol (-). Contoh: 83XXXXXXXXXX
  3. Tekan butang [Semak Status].
  4. Status anda akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut Bantuan Barangan Dapur

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan barangan dapur, anda boleh menghubungi:

Jika anda merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) atau pelajar sepenuh masa yang ingin meringankan beban kos sara hidup, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan bantuan barangan dapur yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia.

Mohon sekarang : Cara Mohon E-Wallet RM300 untuk B40 dan M40

Leave a Comment