PTPTN 2024: Ini Cara Jadikan Pinjaman Anda Hanya RM300 Sebulan! 

Jangan Terlepas! Ketahui Rahsia Penstrukturan PTPTN Serendah RM300 – Panduan Lengkap untuk Rakyat Malaysia!

Baca Juga : Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara

Kempen Baru PTPTN 2024

PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini telah memperkenalkan Kempen Penstrukturan Semula PTPTN dengan bayaran serendah RM300.

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN untuk mula membuat bayaran balik.

Melalui cara ini, para peminjam dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik dan memastikan bayaran balik pinjaman berjalan dengan lancar.

Penstrukturan Semula PTPTN 2024

Kempen ini ditawarkan khusus kepada peminjam yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen.

Berikut adalah butiran penting mengenai kempen ini:

Tempoh Kempen

Kempen ini berlangsung dari 1 Jun 2024 hingga 31 Julai 2024. Ia terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan, sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah.

Syarat Penstrukturan Semula PTPTN

Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai kempen ini:

  1. Bayaran Tunggakan
    • Peminjam dikehendaki membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300. Melalui kaedah ini, peminjam boleh menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing.
    • Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran 5-8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan, tempoh bayaran balik, dan kelulusan PTPTN.
  2. Potongan Gaji dan Debit Terus
    • Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik. Ini bagi memastikan bayaran balik dapat dibuat secara konsisten dan teratur.

Cara Menyelesaikan Tunggakan PTPTN

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyelesaikan tunggakan PTPTN:

  1. Buat semakan penyata pinjaman melalui aplikasi myPTPTN.
  2. Mohon rundingan bayaran balik untuk penstrukturan semula PTPTN melalui aplikasi web myPTPTN. Eksekutif Jualan (EJ) akan menghubungi anda dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan diterima.
  3. Buat bayaran tunggakan serendah RM300 dalam tempoh kempen.
  4. Selepas peminjam dan PTPTN mencapai persetujuan, peminjam harus bersetuju dengan potongan gaji atau debit terus.
  5. Peminjam hendaklah menandatangani dokumen tawaran perjanjian dalam myPTPTN.
  6. Selepas perjanjian diterima oleh PTPTN, peminjam harus memulakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu yang telah dipersetujui semasa rundingan, secara konsisten setiap bulan melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.

Soalan Lazim (FAQ) Penstrukturan Semula PTPTN

  1. Adakah peminjam layak untuk rundingan penstrukturan jika bayaran tunggakan dibuat pada luar tempoh kempen?
    • Tidak. Peminjam tidak layak kerana bayaran tunggakan dibuat di luar tempoh kempen.
  2. Jika seorang peminjam membuat bayaran tunggakan melebihi RM300 dalam tempoh kempen, adakah beliau layak untuk rundingan?
    • Ya, kerana bayaran minimum sebanyak RM300 dalam tempoh kempen telah dipenuhi. Sekiranya peminjam membuat bayaran lebih tinggi, baki pinjaman akan distrukturkan berdasarkan baki selepas bayaran, dan ansuran bulanan akan menjadi lebih rendah.
  3. Jika peminjam mempunyai dua pinjaman, adakah mereka perlu membuat bayaran tunggakan sebanyak RM300 untuk setiap pinjaman?
    • Tidak, peminjam hanya perlu membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja.
  4. Adakah peminjam yang hanya mempunyai baki Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) layak untuk menyertai kempen ini?
    • Tidak. Kempen ini hanya layak kepada peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan baki pinjaman PTPTN sahaja.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai penstrukturan semula PTPTN, anda boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Bantu kami kongsikan artikel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat!

Baca Juga : MUET 2024: Semakan Keputusan Online & SMS

Leave a Comment