Teruk Ketagih! Resepi Churros dan Sos Coklat Pekat Yang Buat Anda Non-Stop Mengunyah!

Adakah anda teringin merasai churros yang rangup di luar, lembut di dalam, dicelup dalam sos coklat pekat yang melekat di bibir?

Resepi churros dan sos coklat ini akan menjadi rahsia snek viral yang mudah, tetapi sangat mengasyikkan! Jangan terlepas peluang mencuba resipi yang pasti membuatkan anda terliur dari gigitan pertama.

Resepi Churros

Teruk Ketagih! Resepi Churros dan Sos Coklat Pekat Yang Buat Anda Non-Stop Mengunyah!

 

Pernah tak anda cuba buat churros di rumah, tapi hasilnya tak seperti yang anda harapkan? Hari tu saya cuba sendiri, tapi rasanya macam doh biasa je, tak crunchy langsung. Tapi, lepas saya jumpa resepi baru ni, churros yang saya buat sama crunchy dan sedap macam yang dijual di kedai!

Lagi menarik, sos coklat yang saya buat guna resepi ni memang padu habis, lebih kick daripada yang anda beli di luar. Tak sia-sia cuba resepi ni, memang berbaloi!

Tak percaya? Jom cuba sendiri dan kagumkan kawan-kawan serta keluarga anda dengan churros yang lebih hebat daripada kedai!

 

Resepi Pertama Churros

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 15-20 churros, ikut panjang dan size

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk churros:
    • 1 cawan / 250ml air
    • 1 sudu besar / 13g gula kastor
    • 1/4 sudu kecil garam (kalau guna mentega tak bergaram)
    • 1/4 cawan / 56g mentega
    • 1 cawan / 125g tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • minyak masak, untuk menggoreng

 

  • Bahan-bahan untuk sos coklat:
    • 1 cawan / 125g dark chocolate (coklat masakan, yg bar pun ok)
    • 1/2 cawan /125ml susu full cream
    • 2 sudu besar / 28g mentega (kalau guna mentega tak bergaram)

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk masak churros:
    1. Masukkan air, gula kastor, garam (kalau guna unsalted butter) dan mentega kedalam periuk dan panaskan sampai mendidih.
    2. Tutup api dan masukkan tepung gandum.
    3. Masak tepung sampai bergumpal keras dan lincin baru doh tak lembik (kacau tepung anggaran 10-15 minit).
    4. Sejukkan 5-10 minit.
    5. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan tepung tadi, jangan masuk semua telur sekali, kalau masuk sebiji dah lembik, tak perlu lagi masuk telur yang ke 2.
    6. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sekata.
    7. Sediakan piping bag, gunting dihujuk plastik dan masukkan nozzle.
    8. Masukkan adunan dalam piping bag.
    9. Panaskan minyak dan pipe doh tadi mengikut size dan panjang yang anda suka.
    10. Angkat bila keperangan.
    11. Gaul gula kastor dan sedikit serbuk kayu manis.

 

  • Cara untuk masak sos coklat:
    1. Cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
    2. Kacau sampai larut.
    3. Masukkan secubit garam (kalau guna butter tak bergaram).

 

Tip Masakan:
  • Kalau takde butter, boleh ganti planta/majerin.
  • Coklat yg digunakan ialah coklat masakan, bentuk bar atau coin tak kisah.
  • Kalau takde gula kastor, blend je gula biasa bagi halus.
  • Penting: Sejukkan doh biar agak2 suam dan masuk telur SEBIJI DEMI SEBIJI. Jangan masuk semua telur sekali. Kalau masuk sebiji dan lembik, tak perlu lagi masuk telur yg ke 2.
  • Tips untuk rangup: Kerap kacau masa mengoreng api sederhana8-10 minit atau sampai permukaan luar churros keras.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Churros

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 5 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar butter, potong dadu
  • 2 sudu kecil gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • piping bag plastik atau kertas

 

  • Bahan untuk Cinnamon Sugar (salutan gula kayu manis)
    • 1/2 cawan gula kastor
    • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

 

  • Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat):
    • 250g coklat bar, cincang kasar
    • 1/4 cawan butter
    • 1/2 cawan susu full cream dutch lady

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng kemudian.
  2. Dalam periuk kecil masukkan air, susu, butter, gula dan garam. Panaskan sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan angkat periuk ke tepi.
  3. Masukkan tepung dan esen vanila kemudian kacau sehingga tepung menjadi sekata dan adunan tidak berketul.
  4. Masukkan pula telur dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam piping bag yang sudah di pasang nozzel.
  5. Paip adunan di dalam minyak panas dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan gaul bersama cinnamon sugar.
  6. Hidang bersama sos coklat.

 

Tip Masakan:
  • Sewaktu proses piping di dalam minyak panas, anda boleh pipe doh dalam anggaran 2 inci panjang setiap satu dan gunting. Boleh juga pipe doh sepanjang yang anda suka di dalam kuali dan apabila diangkat kemudian, terus gunting sekata anggaran 2 inci sebelum gaul di dalam cinnamon sugar.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment