Nasi Hujan Panas: Resepi orang Ganu yang mantap dan memikat!

Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam Nasi Hujan Panas yang membuatkan ia begitu memikat? Jom, kita selami bersama-sama kisah di sebalik resepi tradisional yang telah menambat hati generasi demi generasi ini.

Resepi Nasi Hujan Panas

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Nasi Hujan Panas: Resepi orang Ganu yang mantap dan memikat!

 

Bayangkan sejenak aroma rempah yang meresap ke udara, menyentuh deria anda dengan kehalusan yang membangkitkan selera, itulah yang akan terjadi ketika anda menemukan suatu seni masakan yang lazimnya disimpan rapi dalam laci memori tradisi. Nasi Hujan Panas, sebuah hidangan yang tidak hanya memukau mata dengan warna-warninya yang indah, namun juga menjanjikan sebuah tarian rasa yang akan menggoyang lidah dan membangkitkan selera anda.

Biarkan saya membawa anda meneroka keunikan resepi ini, di mana setiap suapan bukan sekadar memberi nutrisi, tapi sebuah pengalaman yang akan disimpan dalam diari masakan anda.

 

Resepi Nasi Hujan Panas

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 40-45 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk nasi:
    • 3 cawan beras basmathi
    • 1-2 sudu besar minyak masak
    • 1-2 sudu besar mentega
    • 1-2 sudu besar minyak sapi
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 cengkih, 4 buah pelaga)
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 2 helai daun pandan
    • 2 cawan susu cair
    • 2 1/2 cawan air
    • 1 kiub pati ayam
    • Sedikit garam
    • 1-2 sk gula
    • Sedikit pewarna kuning
    • Pewarna merah
    • Pewarna hijau

 

  • Bahan-bahan untuk acar:
    • 1 batang timun
    • Sepotong nenas
    • 1 biji bawang merah besar
    • 4-6 tangkai cili padi
    • 2 sudu besar gula
    • 1-2 sudu kecil garam
    • Jus lemon atau cuka makan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk nasi hujan panas:
    1. Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
    2. Halia hiris tebal, senang nanti lepas masak boleh tarik keluar.
    3. Basuh beras sampai jernih dan hilang keruh, anggaran 3 kali. Lepas basuh, boleh tapis dan tos kering.
    4. Panaskan minyak masak, mentega dan minyak sapi.
    5. Tak perlu cairkan sepenuhnya, terus masuk rempah 4 sekawan.
    6. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai keperangan dan naik bau tumisan.
    7. Masukkan daun pandan untuk aroma, lebih wangi dan berselera nasi nanti.
    8. Masuk beras dan goreng selama 3-4 minit, sampai dengar bunyi berdesir.
    9. Masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan sedikit pewarna kuning.
    10. Masukkan garam dan gula. Kacau sebati.
    11. Pindah masuk dalam periuk nasi atau pressure cooker. Kemudian tunggu sampai nasi masak.
    12. Selepas nasi dah masak, biar nasi kering dan suam-suam sebelum gembur, kalau gembur awal-awal takut patah dan hancur nasi nanti.
    13. Untuk warnakan nasi, boleh celup chopstick atau lidi dalam pewarna dan titis pewarna atas nasi. Seeloknya buat lubang dan lorek-lorek pewarna dalam tu.
    14. Guna warna merah, hijau dan oren. Kalau pewarna terlalu pekat, boleh campur sikit dengan air sebelum titis atas nasi.
    15. Dah siap letak warna boleh nasi gembur biar bercampur.

 

  • Cara-cara untuk acar:
    1. Timun kupas kulit jarak-jarak kemudian cakar dengan garfu.
    2. Belah 2 timun dan hiris nipis. Biji tak perlu buang.
    3. Nenas kupas kulit dan hiris halus.
    4. Bawang besar dan cili padi (kalau nak kurang pedas boleh ganti dengan cili besar) hiris nipis.
    5. Untuk rasa masam kita boleh guna cuka makan, limau nipis dan lemon.
    6. Masuk semua bahan potong, gula, garam dan jus lemon dalam mangkuk.
    7. Gaul sebati kemudian simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi lain untuk Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:
  • 10 cawan beras basmathi
  • 7-8 biji bawang merah – hiris
  • 4-5 ulas bawang putih – hiris
  • 2 inci halia – hiris
  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu ghee / minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 helai daun pandan – simpul
  • 3 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air – sukat guna cawan sukat beras
  • Sedikit bawang goreng
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Minyak masak secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Bersihkan beras basmathi. Rebus hingga 80% masak. Ketepikan.
  • Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tambah mentega dan ghee/minyak sapi.
  • Kemudian bahan-bahan yang telah dihiris.
  • Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan. Goreng sehingga wangi.
  • Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
  • Kemudian masukkan susu cair dan tambah air. Biarkan mendidih.
  • Masukkan beras yang telah direbus 80% masak dan taburkan sedikit bawang goreng.
  • Kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian gaul rata dan letakkan pewarna merah, hijau dan kuning.
  • Gaul lagi dan tutup api. Biarkan periuk “keep warm” selama 10-15 minit.
  • Nasi Hujan Panas siap untuk dihidangkan bersama lauk pauk pilihan.
Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment