Sedang mencari pencuci mulut yang bukan saja memukau mata tapi juga memanjakan lidah? Anda tak akan percaya betapa mudahnya untuk menyediakan Puding Karamel ini di rumah.
Resepi Puding Karamel yang akan buat tetamu terkesima, cubalah cara mudah ini!
Hari minggu yang lalu, saya ada jemput kawan-kawan datang rumah untuk makan malam. Biasanya, desert yang saya buat bila ada tetamu tak pernah jadi highlight malam tu. Tapi kali ni lain macam betul! Saya buat puding karamel guna resepi mudah ni, dan hasilnya buat tetamu semua terkagum. Siap ada yang tanya resepi lagi! Tak sangka sesuatu yang nampak susah boleh jadi sangat mudah dan diterima ramai. Jom cuba, manjakan keluarga dan tetamu dengan puding karamel hebat ni!
Resepi Pertama Puding Karamel
- Masa Penyediaan: 30-40 minit
- Masa Memasak: 1 jam atau 1 jam 30 minit
- Jumlah Hidangan: Loyang saiz 7/8 inci
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan gula karamel:
- 1/3 cawan gula
- 2 sudu besar air
- Bahan-bahan adunan puding:
- 2 cawan susu full cream
- ½ cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 biji telur saiz B
- 1 kuning telur
- Secubit garam
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk lapisan karamel:
- Masak gula dengan air sehingga gula cair dan naik buih.
- Apabila sudah keperangan, masukkan gula karamel kedalam loyang dan ratakan karamel pada permukaan loyang.
- Cara-cara untuk puding karamel:
- Kacau perlahan telur dan kuning telur, lalu masukkan esen vanila.
- Masak susu full cream, gula dan secubit garam. Masak sehingga naik asap, berbuih sedikit dan tidak perlu masak sehingga mendidih.
- Tuang adunan susu suam kedalam telur sedikit demi sedikit sambil mengacau perlahan adunan.
- Tapis adunan puding, lalu tuangkan kedalam loyang lapisan karamel dengan perlahan.
- Tutup loyang dengan aluminium foil, dan masak puding karamel samada dengan cara mengukus atau membakar.
- Bagi kaedah water bath dan bakar, masukkan loyang kedalam loyang yang lebih besar lalu tuang air panas kedalam loyang besar.
- Bakar puding karamel pada suhu 160˚ dalam anggaran selama 50 minit.
- Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk dalam beberapa jam ataupun semalaman.
- Lorekkan bahagian tepi puding lalu terbalikkan puding karamel untuk dihidang.
Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL
Rujukan video penyediaan:
Voucher Suri Rumah B40 & M40 Shopee
Resepi Kedua Puding Karamel
- Masa Penyediaan: 10 minit
- Masa Memasak: 25 minit
- Jumlah Hidangan: 5 orang
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk gula karamel:
- 1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar air
- Bahan-bahan untuk puding:
- 5 biji telur, saiz B
- 1 tin susu cair
- 150ml air
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk gula karamel:
- Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
- Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
- Cara-cara untuk puding karamel:
- Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk. Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
- Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
- Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
- Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.
Tip Masakan:
- Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
- Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Resepi Ketiga Puding Karamel Tanpa Telur
- Masa Penyediaan: 10 minit
- Masa Memasak: 2 jam
- Jumlah Hidangan: 6 orang
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk gula karamel:
- 1/4 cawan gula
- 3 sudu besar air
- Bahan-bahan untuk puding:
- 1 paket agar-agar (10g)
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 4 cawan air
- 3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk gula karamel:
- Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
- Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci).
- Cara-cara untuk membuat puding :
- Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.
- Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.
- Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
- Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
- Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.
Tip Masakan:
- Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagain bawah dan tidak berketul.
Sumber: Che Nom